10 JENIS LAMPU KERETA PALING CANTIK, PALING CANGGIH

SHARE

Sebuah kereta biasanya dilihat dari hadapan terlebih dahulu sebelum bahagian sisi, belakang dan akhir sekali dalaman. Selain bahagian depan, bahagian belakang juga cukup penting untuk memastikan sebuah kereta itu kekal bergaya walaupun sudah berlalu pergi.

Di sini kami kongsikan 10 rekaan lampu belakang kereta yang kami rasakan cukup menarik dan cool. Maklumlah seharian di atas jalan penat juga asyik tengok lampu belakang Myvi, Vios, Almera, Myvi, Vios, Almera sampailah kita tiba ke destinasi.

BACA – 10 MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

BACA – DUCATI SUPERSPORT PALING CANTIK DI EICMA

1. BMW Z81-bmw-z8

BMW Z8 banyak meminjam rupa paras model klasik BMW dari tahun 50an iaitu 507. Ia merupakan sebuah model retro-futuristik yang cukup sesuai bila digabungkan dengan filem James Bond yang juga menggunakan adunan yang sama.

Bukan sahaja rupa luarannya kelihatan retro malah ruang dalamannya juga sama cuma kini ia mempunyai pelbagai peralatan elektronik untuk membantu pemanduan. Namun walaupun ianya kelihatan seperti sebuah model retro, ia masih sebuah kereta sport yang mempunyai lampu belakang yang paling tipis dan cool untuk sebuah model awal millenium.

Rasanya belum ada kereta lain yang mempunyai lampu belakang sekecil BMW Z8 ini.

2. AUDI A8L MATRIX LEDaufi-matrix-led

Ini adalah lampu pertama di dunia yang dikawal secara elektronik untuk mengelakkan pemandu depan jadi silau.

Kalau teknologi ni murah, kami memang nak lobi NCAP wajibkan pasang lampu begini untuk dapatkan 1 bintang minimum. Tidak lah kejam sangat tapi banyak lampu kereta memang silau.

Lampu foglight Vios, Chery dan juga DRL kat side mirror Hyundai Starex antaranya menyebabkan kau rasa nak terajang kenderaan tersebut.

Untuk lebih faham bagaimana lampu Matrix LED ini berfungsi, sila tonton video di bawah.

3. MASERATI 3200GT3-maserati-3200gt

Maserati 3200GT telah dinaiktaraf semula pada tahun 2002 agar menjadi sebuah model coupe yang lebih baik.

Enjin V6 twin-turbo asal (dengan pilihan kotak gear auto) telah digantikan dengan enjin V8 NA (dengan pilihan kotak gear manual robotik) agar lebih berkuasa dan lancar.

Namun begitu amat menyedihkan bila lampu belakang asal bentuk boomerang yang asal tidak dikekalkan.

4. CADILLAC 594-caddilac-59

Ini kereta popular yang digemari oleh otai di zaman kegemilangan Elvis Presley. Ini juga zaman kegemilangan bandar permotoran Detroit di Amerika Syarikat.

Sekarang Detroit pun dah bangkrap dan menjadi bandar hantu. Tahun 1959 merupakan kemuncak obsesi pengeluar kereta di Detroit kepada model-model yang bersirip.

Trend inilah juga yang melahirkan lampu belakang berbentuk api roket berkembar pada model Cadillac 59 ini. Ia juga pelengkap kepada sepasang sirip yang berada di kiri dan kanan belakang kereta ini.

5. MAZDA FURAI5-mazda-furai6-mazda-furai

Ini adalah model konsep paling ganas yang pernah dihasilkan oleh Mazda. Rasanya kalau ia dipasarkan ramai yang sanggup menjual organ dalaman untuk memilikinya. Sayangnya cuma satu sahaja dihasilkan dan sudahpun musnah dalam kecelakaan sewaktu sesi penggambaran Top Gear sekitar tahun 2008.

Ia merupakan model konsep untuk perlumbaan Le Man 24-jam. Lampu belakangnya kelihatan seperti paluan petir ataupun jaringan elektrik dalam kegelapan malam sewaktu perlumbaan Le Man.

6. LAMPU OLED SWARM AUDI6-oled-swarm-audi

Sekitar tahun 2013 Audi telah memperkenalkan teknologi lampu yang mereka gelarkan Swarm OLED di Pameran Motor Frankfurt.

Teknologi lampu Swarm ini kelihatan seperti cecair ataupun asap yang akan terbebas keluar jika lampu ini dipecahkan secara sengaja ataupun sewaktu kemalangan. Jika ingin melihatnya dengan lebih jelas, sila tonton video ini.

  1. FORD CORTINA MK1

7-ford-cortina

Anda suka makan pizza ataupun roti canai atau pai epal epal pai pine apple?

Ini merupakan lampu belakang berbentuk pai Ford yang ikonik (Ia memang dinamakan Pye). Ini merupakan teknologi yang seusia dengan sistem audio hi-fi terdahulu ataupun model Lotus dengan jaluran hijau yang cukup popular satu ketika dahulu.

Malah terdapat beberapa model lain yang turut menggunakan tema sebegini tetapi dengan sedikit perubahan antaranya ialah TVR Grantura dan BMW siri 2.

8. DODGE CHARGER8-dodge-charger

Dodge Charger selalu mempunyai lampu belakang yang cukup bergaya. Sebelum ini ia menggunakan empat lampu berbentuk bulatan di belakang sewaktu era 68 (zaman filem Bullit).

Kini digantikan dengan lampu berbentuk bar panjang sama seperti model Charger tahun 1966 dan digabungkan dengan beberapa elemen seperti model yang digunakan dalam filem popular Hollywood, “Duke of Hazzard”.

9. LAMBORGHINI ASTERION9-lambo-asterion

Lampu belakang setiap model Lambo sememangnya kelihatan agak kaku sehinggalah pengeluar super terkenal dari Sant’Agata menggubah kembali model Murcielago agar menjadi Reventon.

Kini mereka sudah menemui motif yang sesuai dengan keganasan model-model Lamborghini. Ia kini sudah menjadi seperti lampu trademark bagi semua model Lamborghini.

10. MCLAREN P110-mc-laren-p1

Anda tidak akan mampu menikmati keindahan persembahan lampu belakang P1 sehinggalah melihatnya pada waktu malam. Lengkungan lampu belakang yang mengelilingi bahagian belakang supercar ini kelihatan seperti lampu neon hotel di bandar Kodiang.

Ia sememangnya ciptaan unik McLaren yang mengabungkan elemen kejuruteraan dan juga sains. Ini kerana rekaan lampu konvensional akan menghalang keluaran haba yang dijana oleh enjin V8 P1 yang cukup panas tak ingat punya.

 

 

Share this post

scroll to top