10 PEMANDU F1 TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

SHARE

Perlumbaan Formula Satu ialah tempat di mana teknologi dan rekaan terbaik bersatu untuk menunjukkan kelajuan masing-masing. Itulah sebabnya ramai kak kereta cukup sukakan perlumbaan F1, ia juga kerana debaran yang mereka rasai bila melihat pelumba kegemaran mereka pintas memintas antara satu sama lain.

Pelumba-pelumba ini mempunyai keberanian yang cukup tinggi (lebih dari pemandu Myvi Taliban) bila mereka mempertaruhkan nyawa mereka sehingga ke hujung garisan ataupun sewaktu kereta mereka menghentam tembok penahan demi mengejar kejuaraan.

BACA – 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

BACA – ROSSI HAMPIR JADI PELUMBA F1

Keberanian mereka inilah yang menjadi modal untuk menarik ramai penonton dan peminat. Jadi, mari kita lihat 10 pemandu terhebat F1 sepanjang zaman.

1. AYRTON SENNA

aryton-senna

Pemandu paling laju pada era 90-an, Ayrton Senna da Silva merupakan bekas juara dunia F1 yang berasal dari Brazil.

Beliau memulakan karier di GP Brazil pada tahun 1984 dengan menduduki tempat ke 17. Pada tahun 1985, memperolehi mata kejuaraan F1 pertama beliau sewaktu menyertai GP Portugis.

Beliau menjadi juara F1 buat pertama kali pada tahun 1988 dalam edisi F1 ke 39. Kemudian memenangi lagi kejuaraan F1 pada tahun 1990 dan 1991 menjadikannya pemandu termuda pernah menjadi juara dunia 3 kali.

Pada tahun 1993, Senna turut memenangi perlumbaan terakhir beliau di GP Australia. Namun nasib gtidak menyebelahinya selepas terlibat dalam satu kemalangan tragik di GP San Marino yang meragut nyawanya.

Beliau meninggal dalam usia yang cukup muda tetapi telah berjaya mencatatkan 41 kemenangan Grand Prix dan memenangi kejuaraan dunia sebanyak 3 kali. Mana-mana yang mengaku minat F1 tapi tidak mengenali Ayrton Senna baik pergi main congkak je lah.

2. MICHAEL SCHUMACHER

michael-schumacher

Schumacher merupakan atlit sukan pertama yang mencapai taraf billionaire di dunia. Beliau mendapat tempat ke tujuh dalam perlumbaan pertama beliau di Belgium pada tahun 1991.

Di perlumbaan yang sama setahun kemudian, Schumacher telah menjadi juara dunia buat kali pertama. Beliau merupakan satu-satunya pelumba F1 dalam sejarah yang sentiasa menamatkan perlumbaan di tempat yang pertama selama lima musim berturut-turut (2000-2004).

Beliau juga turut memenangi perlumbaan terakhir beliau di GP China pada tahun 2006. Selama dua tahun dari 2007 hingga 2008, Schumacher telah berkhidmat di Ferrari sebagai duta jenama dan penyumbang idea untuk Ferrari.

Kemudian beliau telah berlumba sekali lagi di GP Brazil pada tahun 2012 dan mendapat tempat ke 14. Sepanjang karier, Schumacher telah memenangi 91 perlumbaan dan sentiasa mencatatkan rekod kelajuan terpantas sewaktu berlumba menjadikan beliau sebagai pelumba F1 terhebat dalam sejarah.

Selepas bersara, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu bermain ski dan berada dalam keadaan koma dan sehingga ke hari ini, Schumacher tetap menjadi penanda aras seorang pelumba yang berjaya.

3. MANUEL FANGIO

Juan Manuel Fangio In A Ferrari Around 1951

Fangio merupakan juara dunia F1 yang pertama dan dikenali dengan jolokan El Chueco. Berasal dari dari Argentina dan nama sebenar beliau ialah Juan Manuel Fangio.

Fangio mula berlumba pada tahun 1938 dan terus menang dalam perlumbaan pertama yang disertainya. Beliau telah mencatatkan rekod kemenangan paling panjang dari tahun 1951 hinggalah tahun 1957 dengan catatan 24 kemenangan, 29 kedudukan petak pertama, 35 kali menaiki podium, 245 rekod mata keseluruhan dan 23 rekod pusingan terpantas.

Fangio juga merupakan satu-satunya pelumba F1 yang pernah memenangi GP Argentina sebanyak 4 kali. Selepas bersara, Fangio telah dilantik sebagai Presiden Kehormat Mercedes-Benz. Pelumba lagenda telah meninggal dunia pada tahun 1995 sewaktu berusia 84 tahun.

4. JACKIE STEWART

4-jackie-stewart

Jackie Stewart ialah pelumba F1 terbaik berasal dari Scotland. Beliau mendapat tempat keenam dalam perlumbaan pertama beliau di GP Afrika dalam tahun 1965.

Pada tahun yang sama juga beliau telah menjadi juara dunia selepas memenangi GP Itali. Selepas itu, berjaya menjadi juara dunia sebanyak 3 kali lagi.

Perlumbaan terakhirnya ialah di GP Jerman pada tahun 1973 dan juga berjaya menjadi juara. Pencapaian terbaik beliau ialah memenangi 27 daripada 100 perlumbaan yang disertai, 17 kedudukan petak pertama dan 360 rekod mata perlumbaan.

Stewart adalah antara pelumba F1 paling berjaya di dunia selepas Michael Schumacher.

5. STIRLING MOSS

5-stirling-moss

Bekas pelumba F1 British ini kerap kali digelar sebagai “pelumba F1 terhebat tetapi gagal menjadi juara dunia”.

Sepanjang 10 tahun karier beliau dari tahun 1951 hingga 1961, beliau telah menyertai pasukan Mercedes-Benz, Vanwall dan Maserati selain menyertai 67 perlumbaan.

Moss berjaya mendapat tempat ke 14 dalam perlumbaan pertamanya di GP Swiss 1951. Kemenangan antarabangsa beliau yang pertama hanya datang di GP British pada tahun 1955.

Beliau juga merupakan warga British pertama memenangi GP British dengan menggunakan jentera buatan British. Moss mempunyai rekod 16 kemenangan GP, 16 kedudukan tempat pertama, 24 kali menaiki podium dan 186 rekod mata perlumbaan;

Tapi tidak pernah menjadi juara dunia – dan itulah sebab beliau tersenarai sebagai antara pelumba F1 terhebat.

6. ALAIN PROST

6-alain-prost

Jika Valentino Rossi digelar The Doctor, Prost pula lebih dulu mendapat jolokan sebagai The Professor (eh macam Arsene Wenger pulak) kerana kebijaksanaan beliau sewaktu berlumba.

Prost memegang rekod kemenangan perlumbaan GP terbanyak dari 1987 hingga 2001. Beliau telah memenangi 202 perlumbaan sepanjang karier beliau dengan pasukan McLaren, Ferrari dan Renault.

Prost mendapat mata F1 pertama dalam musim kedua penyertaan di GP Perancis dan pada tahun 1983, beliau mendapat tempat ketiga keseluruhan tetapi ditabalkan sebagai juara dunia kerana pemenang tempat pertama dan kedua telah hilang kelayakan.

Prost telah menjadi juara dunia sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1985, 1986, 1989 dan 1993.

Sepanjang karier beliau yang gemilang Prost telah mengumpul 768.5 mata keseluruhan, menaiki podium sebanyak 104 kali dan merebut petak pertama sebanyak 33 kali.

7. MIKA HAKKINEN

7-mika-hakkinen

Mika Hakkinen memulakan karier beliau pada tahun 1991 di GP Amerika Syarikat dan mendapat tempat ke 13.

Beliau mengalami kemalangan yang teruk dalam tahun 1995 tetapi kembali berlumba selepas itu.

Kemenangan antarabangsa beliau yang pertama ialah pada tahun 1997 dengan menjuarai GP Eropah. Hakkinen memenangi kejuaraan dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1998 dan 1999.

Beliau kemudian menyertai siri DTM selepas bersara dari F1. Karier beliau dalam F1 cukup gemilang dengan 20 kemenangan, menaiki podium sebanyak 51 kali, merebut petak pertama sebanyak 26 kali dan markah terkumpul keseluruhan sebanyak 420 mata.

8. SEBASTIAN VETTEL

8-sebastian-vettel

Sebastian Vettel merupakan jaguh F1 dari Jerman. Berlumba buat pertama kali di GP Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan mendapat tempat ketujuh.

Beliau juga telah diundi sebagai Rookie of the Year pada tahun 2008 oleh Autosport Awards. Dalam perlumbaan ke 14 kalendar F1 tahun 2008, Sebastian memenangi kejuaraan GP pertama beliau.

Vettel kemudian muncul sebagai juara Formula One World Drivers’ Championship selama empat tahun berturut-turut dari tahun 2010 hingga 2013. Sehingga tahun 2015 Vettel telah mengumpul 39 kemenangan, 45 petak pertama dan 1549 mata keseluruhan.

9. JENSON BUTTON

9-jenson-button

Jenson Button merupakan seorang pemandu F1 dari British dan memulakan perlumbaan pertama di GP Australia tahun 2000.

Kemenangan pertama beliau ialah di GP Hungary tahun 2006. Button terkenal dengan gaya pemanduan yang cukup lancar dan keupayaan beliau memandu dengan tenang di bawah tekanan.

Beliau juga merupakan juara dunia 2009 dengan pasukan Brawn GP F1 Team. Beliau masih lagi kekal berlumba sehingga ke hari ini.

10. FERNANDO ALONSO

10-fernando-alonso-i

Jaguh F1 dari Sepanyol ini memulakan karier beliau sebagai juara go-kart sebanyak tiga kali di Sepanyol (1994-1997).

Beliau merupakan pemandu antara pemandu termuda yang pernah menyertai F1. Perlumbaan pertama beliau ialah di GP Australia 2001.

Tahun pertama memandu untuk Renault, beliau telah memenangi GP Hungary 2003. Beliau kemudian muncul sebagai juara dunia sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2006.

 

(Visited 161 times, 88 visits today)

Share this post

scroll to top