10 SUPERCAR YANG MASIH DALAM KANDUNGAN DAN BELUM DIPRODUKSIKAN – BUNTING GAJAH KOT?

SHARE

Satu daripada kegemaran syarikat pengeluar kereta ialah memperkenalkan kereta-kereta konsep sebanyak mungkin. Kononnya untuk menunjukkan hala tuju syarikat mereka di masa depan tapi biasanya lebih kepada untuk tujuan publisiti. Memang dah biasa sangat kita dengar mereka sedang dalam fasa ujian dan akan memasuki peringkat produksi tetapi kemudian terpaksa dibatalkan akibat kekangan ekonomi dan memberi laluan kepada model lain. Tapi kami rasa memang mereka tak nak keluarkan pun. Ini antara model-model yang pernah menggegarkan dunia automotif tapi sekarang menyepi terus.

Honda HSV-010`

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Ini merupakan model dambaan abang-abang H di luar sana. Ia sebenarnya disasarkan sebagai pengganti NSX pada era 2000 tapi kegawatan ekonomi melanda dan Honda merasakan belum tiba masanya untuk menghasilkan supercar. Versi jalanan dibatalkan tetapi ia ‘hidup’ sebagai jentera perlumbaan JGTC.

Lamborghini Cala

Sebelum Gallardo diperkenalkan, Lamborghini memang pernah berhasrat memasarkan model lebih kecil dengan enjin V10. Model yang dimaksudkan ialah Cala tapi entah bagaimana ia dibatalkan walaupun pernah dipandu uji oleh sebilangan wartawan permotoran sewaktu diperkenalkan.

BACA: 5 KERETA PORSCHE TERMAHAL YANG PERNAH DIJUAL (+VIDEO)

Mercedes-Benz C111

Antara model siri eksperimen oleh Mercedes. Ia dikuasakan dengan enjin rotary, memang boleh dipandu dan bergerak tetapi tidak pernah diproduksikan jauh sekali dipasarkan.

TVR Cerbera Speed 12

Ia dirancang untuk digunakan di jalan raya dan sebagai jentera lumba GT1. Speed 12 mempunyai enjin 7.7-liter V12 dan merupakan antara kereta paling mengerikan dalam siri Gran Turismo 2. Ia dibatalkan pengeluaran kerana perubahan peraturan GT1 dan ia memang sukar dikawal di atas permukaan jalan raya biasa.

Volkswagen W12

Ia memang sudah memiliki pakej lengkap jika diproduksikan. Ia juga telah diuji di Nardo dan telah mencatatkan rekod kelajuan malah ramai yang berminat untuk memilikinya. Sayangnya VW tidak mengeluarkannya tetapi bersama beberapa lagi model konsep dari Bentley dan Audi ia telah menjadi sumber inspirasi untuk menghasilkan Bugatti Veyron.

Lotus Esprit

Satu daripada barisan konsep Lotus pada tahun 2010. Lotus memperkenalkannya dan menyatakan ia akan dikeluarkan dua tahun kemudian. Model-model konsep lain kemudiannya dibatalkan kecuali Lotus Esprit ini. Tetapi selepas ditangguhkan beberapa tahun, ia juga menerima nasib yang sama.

Jaguar CX-75

Pada peringkat awal ia dikatakan akan dilengkapi dengan turbin hibrid tetapi kemudian ia menjelma sebagai model konsep dengan enjin 4-selinder hibrid. Beberapa unit sempat dihasilkan tetapi Jaguar membatalkan pengeluaran setelah kajian mendapati model bernilai jutaan USD mereka ini tidak mempunyai pasaran yang sepatutnya.

Cadillac Cien

Nama pun dah bunyi kesian kan? Walaupun ia sebenarnya mempunyai semua ramuan yang diperlukan untuk sebuah supercar, ia tidak pernah diproduksikan. Tapi model konsepnya memang boleh dipandu dengan enjin 7.0-liter V12 berada di belakang tempat duduk pemandu.

Chrysler ME 4-12

Sebuah supercar dengan enjin V12 dan empat pengecas turbo yang mampu menghasilkan 850 hp kuasa maksima. Bukan hanya gah pada spesifikasi malah Chrysler telah membina sebuah prototaip dan telah diuji di litar. Tapi sayangnya pada saat akhir pengeluarannya dibatalkan.

Lamborghini Asterion LPI910-4

Model hibrid pertama Lamborghini dan kemungkinan besar diproduksikan jika SUV pertama mereka Urus tidak mendapat lampu hijau produksi. Tapi jika menurut kata CEO Lambo, Stefan Winkelmann, mereka langsung tidak berminat dengan model hibrid.

Share this post

scroll to top