5 ACARA SUKAN MOTOR PALING GILA UNTUK PEMINAT HARDCORE

SHARE

Menjadi sebahagian daripada keluarga Formula 1, MotoGP ataupun WRC merupakan idaman ramai tetapi ia dikenali sebagai acara elit yang tidak ramai mampu sertai. Jadi sambil pasukan-pasukan ternama bertanding di seluruh dunia dalam perlumbaan berprestih tersebut adakah peminat sukan motor lain tidak ada cara untuk memuaskan kehendak mereka? Tentu ada, dan jangan terkejut kerana acara-acara ini juga tidak kurang meriahnya yang menjadi medan merapatkan hubungan sesama peminatnya.

Kita tengok lima acara sukan motor yang paling gila dalam sejarah.

  1. Demolition Derby

Macam mana permainannya? Senangnya sahaja, peserta hanya perlu melanggar kereta peserta lain sehingga terkeluar dari kawasan gelanggan ataupun sampai jahanam. Ia dikatakan diilhamkan daripada naluri kanak-kanak yang suka melagakan kereta-kereta mainan mereka semasa kecil. Takkanlah korang tak pernah buat?

Hanya pemandu yang gasar layak menyertai acara ini kerana anda perlu melanggar kereta antara satu sama lain. Malah anda akan dikenakan penalti jika mengelak dari melanggar kereta lain. Pendek kata acara ni memang mimpi ngeri bagi badan seperti FIA.

Kereta yang digunakan biasanya dibeli dari kawasan pelupusan sebelum dihidupkan dan digunakan sampai barai. Pemenang adalah kereta dan pemandu terakhir yang terselamat dari dihancurkan oleh peserta lain.

 

  1. Cabaran Beca Bermotor

Ia bukan hanya perlumbaan tetapi juga satu peluang untuk meneroka India dari tempat duduk pemandu beca.

Beca yang digunakanmerupakan beca bermotor yang juga dikenali dengan nama tuk-tuk di Thailand. Ia biasanya digunakan sebagai pengangkutan awam tetapi Rickshaw Challenge merupakan satu peluang untuk meneroka India sambil menyelesaikan cabaran yang disediakan. Kiranya macam pertandingan mencari harta karun dengan kawan-kawan tetapi menggunakan beca bermotor yang dimekap cantik-cantik.

  1. Monkey Run

Ia tidak melibatkan seekor monyet pun tetapi Monkey Run merupakan satu perlumbaan merentasi gurun Sahara menggunakan motosikal mini Honda Monkey 48cc.

Jangan pandang rendah kepada motor monyet ini kerana acara ini diadakan setiap tahun di Morocco dan mendapat sambutan hangat. Ia biasanya mengambil masa satu minggu tanpa mempunyai laluan yang khusus. Bayangkan meredah laluan di gurun menggunakan motosikal mini ini dalam 1,000 kilometer laluan. Bayangkan pun dah rasa lenguh tulang belakang.

  1. Barstool Racing

Ini bukan mempunyai maksud simbolik okey. Perlumbaan ini memang menggunakan bangku yang digunakan di bar. Ia dipasangkan dengan enjin dan kemudiannya dilumbakan.

Jangan main-main kerana ia juga mempunyai tuner khusus yang mahir dengan perlumbaan ini. Ia juga bagi memastikan anda boleh mengambil selekoh dengan pantas. Nasib baiklah pelumbanya tidak boleh minum ataupun mabuk sambil berlumba. Kalau tak memang haru biru jadinya.

  1. Perlumbaan jentera mesin rumput

Jangan ingat acara ni kecil. Ramai sebenarnya yang ingin merebut gelaran pemilik jentera pemotong rumput paling laju. Sekali imbas ia sebenarnya memang bersaudara dengan perlumbaan go-kart.

Setengah jentera ini memang cukup berkuasa dan laju. Itu belum tengok yang sudah diubahsuai sepenuhnya. Jangan la mengada-ngada nak duduk di tengah laluannya sewaktu berlumba. Nahas weh.

BACA: HONDA MONKEY MILIK JOHN LENNON BAKAL DILELONG

Ia merupakan antara perlumbaan paling lama di AS dan UK. Malah mereka mempunyai badan khusus yang mengawasi perlumbaan ini. Bukan itu sahaja, perlumbaan endurance turut diadakan khusus untuk jentera mesin rumput ini dan memakan masa 12 jam! Ini dah setaraf dengan perlumbaan Le Mans.

Kredit RedBull.com

Share this post

scroll to top