5 PERATURAN JALANRAYA YANG ANEH TAPI BERKESAN KURANGKAN KEMALANGAN

SHARE

Bolehkan binatang ternakan digunakan sebagai papan tanda mudah alih? Adakah kaedah menghilangkan garisan putih akan menjadikan pemandu lebih berhati-hati?

Terdapat beberapa cadangan daripada beberapa pihak berkuasa tempatan di UK yang mahu menghilangkan garisan putih di atas jalan raya kerana ia dikatakan akan membuatkan jalan raya lebih selamat digunakan. Ini mungkin kedengaran agak keterlaluan tetapi siapa tahu ada kebenaran disebaliknya.

Di sini kami akan senaraikan penyelesaian masalah trafik dengan cara yang pelik tetapi kreatif. Idea ini datangnya dari seluruh dunia dan ada sesetengah yang agak radikal.

1. PERKONGSIAN RUANG

Teori untuk menghilangkan garisan putih dari permukaan jalan itu sebenarnya diasaskan daripada teori perkongsian ruang. Ini kerana bila tidak ada garisan yang selama ini menjadi panduan, pemandu dan pengguna jalanraya lain biasanya akan lebih berhati-hati.

Cuba perhatikan jalan raya yang baru diturap dan belum mempunyai garisan, bukankah biasanya kita akan memandu dengan lebih berhati-hati?. Apatah lagi diwaktu malam bila tidak ada garisan sebagai panduan ketika memandu. Hasilnya tentulah tuntutan insuran, kemalangan jalan raya dan kecederaan akan dapat dikurangkan.

Menariknya memang ada pihak yang telah menjalankan ujian seperti ini. Di Croydon, selatan England contohnya, mereka telah membuang garisan putih di atas jalan raya untuk sementara waktu dan hasilnya secara purata kelajuan kenderaan yang melalui jalan tersebut telah berkurangan sebanyak 13 peratus.

BACA – KESILAPAN PANDU KERETA MANUAL

BACA – KERETA DENGAN BENTUK PINTU PELIK

Ujian yang sama dijalankan di Belanda telah membuktikan penurunan yang signifikan dari segi kelajuan trafik dan jumlah kemalangan yang berlaku.

Namun berdasarkan pemerhatian pakar, cara ini cuma sesuai dijalankan di jalan raya di mana kelajuan trafik tidak begitu tinggi. Jika ia dilakukan di lokasi yang berbeza, contohnya lebuh raya antara negeri, keputusan yang sebaliknya akan berlaku. (macam mana nak balik Kokdiang kalau habis line putih highway PLUS dibuang?).

2. PAPAN TANDA JALAN YANG DICAT PADA BIRI-BIRI

Saksikan video dii atas, sebuah organisasi keselamatan jalan raya yang dinamakan “Think!” telah menghasilkan sebuah video menggunakan biri-biri sebagai papan tanda jalan raya mudah alih. Ia bertujuan untuk memberi amaran kepada pemandu yang memandu di jalan-jalan luar bandar.

Tujuan asalnya hanyalah untuk publisiti tetapi ia berjaya menimbulkan kesedaran di kalangan pemandu tentang bahaya yang ada di jalan-jalan luar bandar.

Jangan ada yang ambil kesempatan tampal iklan ubat kuat dekat badan lembu pulak lepas ni.

kenya-bus

3. PEMANDU BAS DI KENYA

Kerajaan cukup bimbang dengan jumlah penumpang yang cedera dan terkorban dalam kemalangan bas setiap tahun di jalanraya Kenya, jadi mereka memutuskan untuk mengambil langkah yang dirasakan dapat mencegah perkara tersebut daripada berlaku.

Langkah yang diambil sebenarnya cukup mudah selain memberikan latihan kepada pemandu dan mendaftarkan mereka. Pemandu dan konduktor juga diwajibkan memakai pakaian seragam dan tanda nama.

Malah mereka juga mewajibkan pemandu mempamerkan gambar mereka sepanjang masa agar dapat dilihat oleh penumpang di dalam bas. Hasilnya cukup menakjubkan kerana jumlah kemalangan berjaya dikurangkan sebanyak 73 peratus hanya dalam masa 6 bulan.

Selain latihan yang secukupnya kepada pemandu cukup membantu, sebenarnya rasa tanggungjawab oleh pemandu menyumbang ke arah pemanduan yang lebih baik. Ini seterusnya menyumbang kepada peratusan yang menakjubkan itu.

4. TIADA LAMPU ISYARAT

Bohmte, sebuah bandar di Jerman telah menghapuskan semua lampu isyarat dan tanda-tanda jalan di bandar itu sebagai satu ujian untuk mengurangkan jumlah kemalangan. Sebelum ujian itu dijalankan, biasanya satu kemalangan besar berlaku selain kemalangan-kemalangan kecil dalam masa seminggu.

Empat minggu selepas ujian itu dijalankan, pihak berkuasa mendapati tidak ada satu pun kemalangan berlaku membuktikan yang pemandu akan memandu dengan lebih berhati-hati bila kesemua lampu isyarat dan tanda jalan dihapuskan.

Tapi kalau kau buat ni dekat Kota Bharu belum tentu lagi sebab lampu merah pun mat rempit selamba superman.

hologram-speed-bump

5. BONGGOL HOLOGRAM

Ini merupakan penyelesaian berteknologi tinggi daripada pihak berkuasa keselamatan jalan raya Kanada. Mereka telah mengecat imej 2D kanak-kanak pada bahagian permukaan jalan raya yang akan mewujudkan ilusi bahawa seolah-olah ada kanak-kanak sedang bermain di atas jalan raya.

Imej tersebut dihasilkan dengan cukup teliti agar kelihatan kabur sehinggalah seorang pemandu itu menghampiri titik tertentu di mana ianya akan menjadi cukup terang. Semakin laju kelajuan sesebuah kenderaan semakin cepat juga proses itu akan berlaku.

Ia cuma untuk percubaan dan anda dapat bayangkan sendiri keberkesanannya. Kalau di Malaysia rasanya gambar kanak-kanak masih kurang berkesan sebab pemandu kita ni depan sekolah pun mereka akan memecut menghampiri kelajuan bunyi.

Baik kita gunakan gambar polis trafik ataupun gambar kubur terus. Dijamin berkesan.

Tapi idea sticker hantu yang dibuat dek pemandu China tu kami rasa pun menarik juga.

BACA: 5 KERETA DENGAN REKAAN PINTU PELIK

BACA: 10 LAMPU KERETA PALING CANTIK DAN CANGGIH

Share this post

scroll to top