Artikel Pilihan

6 BUAH KERETA WAGON INI SEBENARNYA SANGAT HEBAT TAPI JUALANNYA AGAK SENDU…

Station wagon, suatu ketika dahulu merupakan varian yang sangat diminati di seluruh dunia tetapi kini jualannya semakin menurun di seluruh dunia kerana ramai yang berubah minat kepada model-model crossover dan SUV berikutan praktikaliti dan kedudukan pemanduan yang lebih tinggi. Kalau kalau fikir balik, station wagon juga turut menawarkan praktikaliti dan ciri pemanduan sebuah kereta. Lagipun bukannya semua pemandu SUV turun ke laluan offroad.

Ini dia 6 model station wagon yang kami rasakan cukup menanrik tapi entah di mana silapnya susah betul nak laku.

Volkswagen Golf Sportwagen

Siapa tak kenal Volkswagen Golf, sebuah hatchback yang menjadi pendahulu segmennya sejak zaman berzaman. Ia menawarkan ruang terbaik, praktikaliti, penjimatan bahan api dan kemasan yang mengatasi setengah model premium lain.

Lain pula halnya dengan saudara kembarnya, Golf Sportwagen yang merupakan sebuah kereta keluarga sebenar tetapi dengan ciri-ciri yang sama seperti Golf hatchback tetapi dengan ruang kargo yang jauh lebih besar dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60/40.

BACA: KENALI MODEL-MODEL WAGON HEBAT YANG PERNAH DIHASILKAN – PRAKTIKALITI SUV DENGAN PRESTASI KERETA SPORTS (BUKAN SEMUA)

Ia bukan hanya praktikal tetapi juga menjimatkan dengan enjin 1.8-liter turbo dan lengkap dengan sistem pacuan semua roda untuk apa jua keadaan cuaca. Tapi tu lah, jualannya memang lembap betul di seluruh dunia.

Mini Clubman

Wagon Mini ini masih mengekalkan sepasang pintu di bahagian belakang seperti model terdahulu mereka. Mungkin bagi sesetengah pihak ia kelihatan mencacatkan rupa paras Mini yang comel tetapi itulah ciri praktikaliti yang menjadikanny kenderaan keluarga yang ideal. Bukaan pintu belakang yang unik itu memang memudahkan jika anda ingin memasukan barangan di kawasan yang mempunyai siling yang rendah.

Ia bukan model kelas dunia Mini kerana ia ditawarkan dengan pelbagai varian dari Cooper Clubman 134hp sehinggalah ke John Cooper Works 228hp. Pembeli juga boleh memilih transmisi yang dimahukan dari manual ke automatik selain sistem pacuan hadapan ataupun pacuan semua roda.

BMW 3 Series Sport Wagon

Enjin disel telah menjejaskan nama baik Volkswagen dengan skandal diesel-gate tetapi BMW masih menawarkan enjin disel untuk model wagon 3 Series ini selain enjin petrol biasa. Semua varian dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda dan mempunyai ruang kargo yang tidak mampu ditawarkan oleh kereta sedan biasa.

Sebagai sebuah model BMW ia masih menawarkan pemanduan dinamik tetapi pada masa yang sama cukup sesuai untuk dijadikan sebuah kereta keluarga. Jualannya? Sabar je lah.

Volvo V90  

Volvo merupakan juara dalam kategori pengeluar wagon dan V90 merupakan antara wagon paling cantik pernah dihasilkan. Ia tidak mempunyai saingan dari pengeluar lain kecuali Mercedes-Benz dengan E-Class wagon mereka dan Jaguar dengan XF wagon.

Ia dihasilkan berdasarkan platform XC90 dan S90 sedan dan merupakan antara model terbaik dengan kelebihan suspensi udara untuk keselesaan yang tiada taranya. Berbeza dengan pesaing-pesaingnya, V90 lebih fokus kepada keselesaan dan praktikaliti tapi jika anda mahukan sebuah varian yang lebih sporty, pilih sahaja varian R-Design dengan casis sport dan suspensi yang lebih keras.

Mercedes-Benz E-Class Wagon

Ini merupakan antara wagon yang paling bergaya dengan enjin yang cukup berkuasa. Ruang bagasi yang luas tetapi dengan kuasa 603 hp lengkap dengan sistem pacuan semua roda dan mod drift. Siapa yang tak minat dengan model macam ni? Halangannya tentulah pada harganya. Satu lagi varian wagon ini ialah E400 dengan enjin V6 twin-turbo. Tapi tu lah, jualannya tetap tidak dapat mengatasi model sedan.

Jaguar XF Sportbrake

Sebuah lagi wagon berkuasa dan agak mahal. Ye lah, ini sebuah Jaguar kan? Ia cuma ditawarkan dengan satu varian sahaja menggunakan enjin V6 3.0-liter supercharged yang sama seperti pada model F-Type. Sistem pacuan semua roda yang kuasanya lebih banyak disalurkan ke roda belakang memastikan kuasa dari kotak disalurkan dengan lancar ke permukaan jalan. Dengan pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 5.3 saat, wagon ini sememangnya menawarkan pemanduan yang sporty.

Google ads
Back to top button