Artikel Pilihan

6 PERKARA YANG ANDA TAK TAHU DI SEBALIK HADIAH KERETA OLEH OPRAH WINFREY

14 tahun lalu, Oprah, menerusi rancangan bual bicara popular beliau “Oprah Winfrey Show” membuat kejutan paling gila dengan menghadiahkan kereta kepada setiap penonton dalam studionya.

Sebanyak 276 unit Pontiac G6 diberikan kepada pengunjung bertuah yang menonton dalam siaran di studio Oprah. Walaupun ia kisah 14 tahun yang lalu, namun ia masih merupakan lagi pemberian dalam satu slot rancangan yang masih dianggap “gila” oleh kebanyakan penerbit industri penyiaran.

Namun di sebalik pemberian, ini terdapat beberapa fakta yang menarik di sebaliknya. Ia bukanlah pemberian yang “diada-adakan” malah ia adalah rancangan realiti sebenar di mana penonton tidak tahu pun pada hari tersebut, mereka akan menerima sebuah kereta.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang hari bersejarah tersebut.

1. RIBEN PADA BUMBUNG KERETA.

Oprah mencadangkan agar kesemua kereta tersebut dipasangkan dengan riben pada bahagian bumbung. Walaupun begitu, malam sebelum siaran terseut Oprah tidak berpuashati dengan saiz riben yang didakwa terlalu kecil.

Idea asal beliau ialah membuat riben yang lebih besar, membalut keseluruhan bahagian bonet hadapan. Namun begitu, beliau akhirnya bersetuju dengan idea riben di bahagian bumbung tersebut.

2. KUNCI KERETA DILETAK DALAM KOTAK KHAS

Kunci kereta tersebut diletakkan dalam kotak dan dilekatkan dengan kemas menggunakan pelekat pita yang kuat.

Ideanya adalah untuk memastikan kunci tersebut tidak berbunyi ketika kotak digoncang. Ya. Ia bagi mengekalkan elemen “suprise” kepada penerima hadiah.

3. PENGUNJUNG HARI ITU MEMANG DIPILIH DENGAN TELITI

Pasukan penerbitan rancangan Oprah WInfrey Show memilih penonton hari itu dengan teliti.

Mereka ditanya tentang bagaimana cara mereka ke temat kerja, berapa usia kereta mereka sekarang, jumlah pendapatan dan sebagainya.

4. RANCANGAN ASAL HANYALAH 25 BUAH KERETA

Idea untuk memberi hadiah kereta ini datangnya dari kawan baik OPrah, Gayle King. Beliau berbual dengan seseorang yang memiliki Pontiac di dalam pesawat.

Oprah mendapati idea memberi kereta adalah bagus untuk membantu orang. Beliau kemudiannya memesan 25 buah kereta namun berfikir adalah lebih baik jika memberi lebih banyak.

Perbincangan dengan Pontiac dilakukan untuk mendapat harga yang terbaik dan jumlah 276 diperolehi dengan harga USD7.7 juta (RM32 juta)

5. PASUKAN PERUBATAN DITEMPATKAN DI STUDIO

Pasukan paramedik ditempatkan di studio rakaman untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Memberi sebuah kereta secara tiba-tiba memungkinkan seseorang terkena serangan jantung atau terkejut.

Ia adalah sebagai persediaan dan ketika melihat majoriti audien menjerit, pasukan ini sudahpun bersedia di belakang tabir.

Kerana itu juga lahirlah jeritan “You get a car! And you get a car!” yang popular hingga ke hari ini.

6. BUKAN SEMUA KOS DI TANGGUNG PENERBIT

Di Amerika, penerima hadiah tertakluk kepada membayar “cukai hadiah”. Dalam program ini, Oprah WInfrey SHow membayar cukai jualan dan pendaftaran kesemua kereta tersebut tetapi bukan cukai hadiah.

Cukai tersebut berbeza-beza mengikut individu dan ia boleh mencecah sehingga USD7,000 (RM29,000), jumlah yang besar pada 2004.

Penonton yang tak mahu menerima hadiah tersebut kerana tak mampu membayar cukai hadian, tidak mendapat hadiah gantian tunai. Mereka kemudiannya memberi kritikan kepada pihak media. Ia menyebabkan penerbit berasa terkilan.

 

 

 

Google ads
Back to top button