6 SUPERCAR INI MASIH LAGI DITAWARKAN DENGAN TRANSMISI MANUAL – SYUKURLAH NAK

SHARE

Kereta dengan kotak gear manual ini dah boleh dianggap sebagai spesis terancam. Ini kerana kebanyakan model kereta kini rata-ratanya ditawarkan dengan kotak gear automatik. Ia bukannya sesuatu yang buruk tetapi kadang-kadang naluri pemandu kita tetap inginkan gaya sejuk (‘cool’) ketika melakukan penukaran gear. Itu baru kereta biasa, segmen supercar lagilah, dengan segala jenis kotak gear canggih dan berteknologi tinggi yang memang membuatkan pemilik supercar macam abang Japar sakit kepala.

Tapi jangan bimbang, peluang untuk memiliki supercar dengan gear manual masih ada. Sekurang-kurangnya enam model ini masih ditawarkan dengan kotak gear manual asal saja anda mampu membelinya.

Chevy Corvette ZR1

Corvette ZR1 terbaru ini mungkin anda menjadi Corvette terakhir dengan enjin di depan. Jadi sebagai model terakhir semestinya Chevy akan melakukan sesuatu agar model ini sentiasa diingati sepanjang zaman. Supercar dengan enjin LT5 6.2-liter V8 ini mampu menjana 755 hp kuasa dan boleh dipadankan sama ada dengan kotak gear automatik 8-kelajuan ataupun manual 7-kelajuan.

Untuk mencatat rekod sepusingan terpantas pilihlah kotak gear automatik tetapi jika sensasi  pemanduan yang anda cari, dapatkan model manual terus. Kalau nak selesa bergerak dalam kesibukan bandar baik beli Axia automatik kan?

Abang, ZR1 ni supercar ke sportscar? Dulu jika sebut nama Corvette memang ia sebuah sportscar tetapi kini dengan angka kuasa dan harganya, ia sudah mempunyai ramuan yang cukup untuk menyaingi produk eksotik dari Jerman dan Itali.

BACA: HONDA ANJUR KEMPEN KESEDARAN GEAR MANUAL!

Porsche 911 GT3

Porsch merupakan antara pengeluar kereta sport mainstream yang bertukar dari penggunaan gear manual kepada automatik dan kemudiannya kepada penggunaan kotak gear klac berganda. Tapi harus diingat yang Porsche 911 merupakan sebuah produk yang unik dan adalah penting untuk ianya ditawarkan dengan kotak gear manual.  Untuk peminat sejati mereka, model Porsche 911 dengan kotak gear manual tahun 2018 boleh dimiliki tanpa sebarang kos tambahan.

Berbeza dengan 911 Turbo (dengan kotak gear DCT sahaja), 911 GT3 adalah merupakan model pacuan roda belakang (RWD) dan sememangnya merupakan sebuah jentera trek sejati.

Lotus Evora GT430

Masalah kewangan yang melanda Lotus merupakan punca proses R&D mereka terganggu sehinggalah mereka mempunyai kemampuan kewangan seperti sekarang untuk penyelidikan teknologi baru dan moden. Itu juga merupakan salah satu sebabnya kenapa mereka masih mengekalkan kotak gear manual 6-kelajuan sebagai pilihan.

Lotus Evora GT430 merupakan contoh sebuah kereta sports ekstrim sejati. Walaupun dikuasakan dengan enjin V6 3.5-liter supercharged ia hanya ia hanya ditawarkan dengan satu pilihan transmisi sahaja, manual 6-kelajuan.

Noble M600

Ini sebuah lagi produk kecil-kecilan England dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Ia dinamakan M600 dan disifatkan oleh Jeremy Clarkson sebagai supercar paling laju dengan pengendalian terbaik. Fakta ini memang akan membuatkan budak-budak Yamaha angkat kening. Ini kerana kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 twin turbo Yamaha.

Enjin kereta ini mampu menghasilkan 650 hp dan traction controlnya boleh dipadamkan sepenuhnya. Bahagian dalaman yang penuh dengan bentangan meter-meter analog dan suiz gaya lama memang kena dengan kotak gear manual.

Chevy Corvette Z06

Kalau Corvette ZR1 lebih kepada untuk pasaran Amerika Syarikat, negara lain juga berpeluang memiliki Corvette Z06 yang tidak tidak kurang hebatnya. Malah ia mempunyai kuasa yang sedikit kurang berbanding ZR1 tapi sekurang-kurangnya ia turut dibekalkan dengan kotak gear manual 7-kelajuan sebagai pilihan selain automatik 8-kelajuan. Nak lagi hebat dapatkan Z07 Performance Package yang lengkap dengan suspensi boleh laras dan komponen aerodinamik belakang selain tayar Michelin Pilot Super Sport Cup dan brek seramik karbon.

Pagani Zonda

Kalau duit anda dah melampau banyaknya inilah kereta yang paling sesuai untuk anda. Walaupun penciptanya Horacio Pagani mendakwa yang beliau sudah tidak berminat meneruskan Zonda (dah ganti dengan Huayra pun), anda mungkin boleh memujuknya menghasilkan lagi satu unit untuk anda dengan harga yang semestinya tidak murah.

Berbeza dengan Huayra, Zonda ditawarkan dengan kotak gear manual sepenuhnya menjadikannya sebuah supercar untuk pemandu sebenar. Setiap satu dibuat berdasarkan tempahan individu menjadikannya cukup istimewa. Antara pemilik bertuah yang memiliki Zonda ialah pemandu F1 terkenal Lewis Hamilton. Malah Zonda kepunyaan Hamilton turut menggunakan kotak gear manual. Ha nampak tak kenapa Abang Japar memilih untuk menggunakan Tiara supercharge manual pergi kerja.

Share this post

scroll to top