Artikel Pilihan

8 RAMUAN PELIK YANG PERNAH DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN KERETA

Dalam zaman moden ini, pihak pengeluar kenderaan telah bereksperimen dan membangunkan pelbagai material untuk penghasilkan kenderaan. Satu perkara pasti ialah penggunaan aluminium, gentian karbon malah plastik untuk penghasilan panel badan untuk menjadikan sesebuah kereta lebih ringan. Tapi sebenarnya ada beberapa pengeluar yang cukup berani untuk menggunakan material berbeza untuk kereta keluaran mereka. Mungkin ia tidak akan memasuki tahap produksi besar-besaran tetapi cukup untuk menjadi sebahagian dari sejarah dunia automotif.

Lexus LS Kadbod

Siapa tak kenal Lexus yang sudah banyak mengeluarkan kereta-kereta mewah yang mampu mencabar gergasi-gergasi automotif dari Jerman yang lebih terkenal. Tapi pada tahun 2016 Lexus telah mengejutkan banyak pihak bila mereka menghasilkan sebuah model penuh LS dengan menggunakan kadbod. Ia merupakan hasil cantuman 1700 kepingan kadbod yang telah dipotong dengan menggunakan laser. Ia merupakan potongan daripada acuan 3-D yang telah dibahagikan kepada beberapa komponen.

Bukan sahaja panel badan, bahagian dalamannya juga dihasilkan daripada kadbod lengkap dengan pintu yang berfungsi sepenuhnya. Lampunya utamanya menyala seperti model asal begitu juga dengan tayarnya juga berpusing dengan lancar. Ia dikuasakan oleh motor elektrik dan memang boleh dipandu seperti kereta sebenar. Jangan guna masa musim hujan dah la ya.

Ford Soybean

Honry Ford banyak merevolusikan indistri permotoran dalam banyak hal antaranya ialah memperkenalkan barisan pemasangan kereta. Beliau memang seorang lelaki dengan pelbagai idea dan sebab itulah pada awal tahun 40-an, Ford telah memperkenalkan sebuah kereta yang dihasilkan menggunakan kacang soya.

Bahagian komponen luaran badan termasuk fender dihasilkan dari pelbagai jenis tanaman antaranya soya, gandum, jagung dan macam-macam lagi untuk mengurangkan berat. Tambah unik lagi bila ia dikuasakan oleh minyak hemp (sejenis pokok ganja), satu bahan api alternatif yang mungkin mengggantikan petroleum (jika tidak disalah guna).

Tapi sayangnya projek Ford ini terhenti akibat Perang Dunia Kedua. Dikatakan jutaan ekar tanah yang dibeli oleh Ford untuk projek ini terbiar begitu sahaja. Mungkin ramai yang tak nak kereta mereka dimakan tikus kot?

Splinter – Supercar Kayu

Agak pelik bila kayu api menjadi pilihan untuk dijadikan material pembuatan kereta. Morgan memang terkenal kerana menggunakan kayu sebagai bahan utama pembuatan casis mereka. Corvette C5 dan C6 pula menggunakan kayu balsa pada bahagian lantai.

Tapi lain pula dengan John Harmon dan pasukannya yang mengghasilkan supercar 2-tempat duduk yang dihasilkan sepenuhnya dari kayu. Peralatan yang tidak menggunakan kayu ialah enjin (Cehvrolet LS7, kotak gear, meter-meter, tali pinggang keledar, tayar dan rim. Menariknya supercar ini mampu memecut sehingga ke 240 km/j. Agaknya inilah perabut bergerak paling laju di dunia.

BMW Gina Concept

Kalau Splinter seperti perabut bergerak yang ini pula boleh dianggap kanopi bergerak. Dinamakan BMW Gina Light Visionary Concept oleh perekanya Chris Bangle. Ia merupakan kereta pertama yang boleh bertukar bentuk di dunia (tapi bukannya macam Transformer okey). Ini kerana kereta ini dihasilkan dengan kerangka unik yang kemudiannya dibalut dengan material yang dinamakan Polyurethane Coated Spandex (PCS). Lampu utamanya pula juga boleh dibuka tutup seperti kelopak mata.

Harap-harap kereta ni tak terbang ditiup angin masa ribut.

Bugatti Veyron L’or Blanc – Porselin

Walaupun Bugatti mencanangkan kereta ini kononnya dihasilkan daripada porselin tetapi ia tidaklah benar 100 peratus. Bahagian komponen badannya masih dihasilkan daripada campuran aluminium dan serat karbon. Tapi ia memang menggunakan porselin sebagai material untuk kemasan dalaman dan luaran.

Komponen seperti penutup tapak sport rim, penutup tangki minyak dan bahagian panel dalaman dihasilkan daripada porselin kacang soya oleh pereka porselin Jerman Konigliche Porzellan – Manufactur Berlin (KPM). Selain daripada itu ia juga dicat dengan cat istimewa menggunakan teknik semburan cat porselin juga oleh KPM. Patutlah melampau kilatnya.

Bamboo Car

Terdapat dua buah model konsep daripada buluh pernah dihasilkan. Satu dinamakan BamGoo yang dihasilkan oleh Kyoto University’s Business Venture Lab yang cuma seberat 60 kilogram dan dikuasakan oleh motor elektrik.

Satu lagi pula ialah hasil rekaan pereka Filipina Kenneth Cobonpue dan Albrecht Birkner dari Jerman. Ia dinamakan Phoenix dan dihasilkan hanya dalam masa 10. Tiada butiran teknikal diberikan dan ia dihasilkan untuk menunjukkan kegunaan bahan baru dalam teknologi pembuatan kenderaan.

Rasanya diorang cedok idea dari filem P.Ramlee ni. Pernah dengar ekzos buloh tak?

BACA: INILAH KERETA-KERETA KONSEP KLASIK YANG ANEH DARI JEPUN

Bricklin SV-1 – Gabungan Akrilik dan Gentian Kaca

Ini mungkin model sport yang sempurna jika dilihat dari jauh. Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pintu gull-wing. Kereta unik ini dihasilkan oleh Malcolm Bricklin yang membuat keuntungan dalam syarikat plumbing sebelum mula menghasilkan kereta.

Beliau menggunakan kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan akrilik dan gentian kaca untuk menghasilkan panel badan SV-1. Ia juga mudah ditukar warna dengan hanya menukar panel badannya. Tapi ia juga ada kekurangan iaitu tidak tahan dengan kepanasan melampau dan panel badannya mudah tertanggal jika cat berasaskan petroleum digunakan untuk mengecatnya.

Pontiac Deluxe Six – Plexiglass

Inilah kereta paling seksi kerana panel badannya yang dihasilkan daripada Plexiglass adalah lutsinar. Ia dihasilkan oleh Pontiac pada tahun 1939 dan dinamakan ‘Ghost Car’. Kos untuk menghasilkannya ketika itu adalah cukup mahal (sekitar USD25,000) tapi bila dilelong pada tahun 2011, nilainya melambung kepada USD300,000 (lebih kurang RM1.23juta beb).

Kredit Carbuzz.com

Google ads
Back to top button