INILAH 5 HATCHBACK YANG TIDAK PATUT JADI KERETA SEDAN

SHARE

Ada transformasi yang menjadi tetapi bukan semua. Setengah kereta memang berjaya sebagai sebuah model hatchback tapi ada yang hancur. Sekali terkena memang kacau bisnes. Contoh yang berjaya ialah BMW X6. Ia dihasilkan dari platform X5 yang kemudian diubahsuai oleh BMW dengan pelbagai komponen gantian dan hasilnya ialah model best-seller yang menjadi igauan untuk pesaing-pesaing mereka.

Tapi masalahnya bukan selalu rancangan seperti ini berjaya. Jadi lagi baik ia dikekalkan seperti mana asal dan diberi penambahan mana dirasakan perlu. Tengok contoh transformasi hatchback kepada sedan yang kurang berjaya.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Audi A3

Audi A3 mungkin merupakan transformasi hatchback kepada sedan yang paling cantik. Ia sebenarnya disasarkan untuk golongan muda di AS yang sudah semakin matang dan ingin bertukar dari Volkswagen Golf hatchback mereka dan memulakan pendakian dunia korporat. Masalahnya walaupun ia sedap dipandang, versi hatchback sebenarnya lebih menarik. Lagipun untuk sedan bukankah mereka sudah mempunyai Audi A4?

Mercedes-Benz A-Class

Model yang satu ni memang kami tak faham langsung. Bukankah A-Class asal sudah cukup cantik dalam keadaan hatchback? Apa perlunya dihasilkan dalam bentuk sedan sehingga ia kelihatan kelakar dan diberi nama CLA. Ia juga merupakan model pacuan hadapan pertama Mercedes juga kononnya disasarkan untuk golongan muda yang baru nak up, alasan yang sama digunakan Audi. Tapi kalau banding dengan A3 sedan rasanya CLA ni memang gagal dari segi rupanya. Tengoklah lampu belakangnya, adoi kenapa jadi macam tu.

BACA: IMEJ PALING JELAS SETAKAT INI. TOYOTA SUPRA BAHARU

Mazda2

Kembar kepada Ford Fiesta ini asalnya dihasilkan dalam bentuk hatchback dan boleh tahan rupanya. Tetapi entah kenapa ia turut dihasilkan dalam bentuk sedan yang memang tak tahulah nak kata apa. Hanya kerana ia terjual dengan laris di China tidak bermaksud ia mempunyai tempat dalam pasaran lain.

Ford Fiesta

Sama seperti Mazda2 cuma Ford Fiesta hatchback memang sebuah best-seller. Semua orang minat termasuklah Ken Block. Tapi tu lah, timbul juga idea untuk mengeluarkannya dalam bentuk sedan dan sama seperti Mazda 2 sedan ia memang laris di China dan Russia. Pasaran lain boleh dikatakan sendu. Cuba belek lama beli-belah kenderaan terpakai dan bandingkan harga versi hatchback dan sedan. Beza memang berbeza kan?

Volkswagen Polo

Adik kepada Golf ni boleh tahan larisnya di pasaran. Tapi untuk model hatchback. Untuk generasi keempat Polo sedan turut diperkenalkan tetapi jika dilihat pada struktur badannya, kami rasa Polo asal jauh lebih anggun. Nak kata ruang kargo bertambah pun tak ada la besar sangat bezanya. Syukurlah ia tidak bertahan lama kerana Polo generasi keenam diperkenalkan dalam tahun 2017 hanya hanya dalam varian hatchback.

Share this post

scroll to top