ALKISAH COUPE : KERETA IDAMAN PLAYBOY

SHARE

Percayalah kata-kata Brader Karrager. Coupe adalah magnet. Mana-mana wanita amat mudah tertarik dengan kereta berbentuk Coupe berbanding kereta Sedan biasa. Joki muka tak semenggah pun pasti akan ada wanita mendekati. Apatah lagi kalau jokinya imbas Fahrin Ahmad. Tapi sebelum terlajak merepek, marilah hangpa semua baca alkisah Coupe ini.

BACA : TAMPIL BERBEZA DENGAN SPORTS COUPE INFINITI Q60 – RM308,800

BACA : CIVIC EK COUPE – INI BETUL AMERICAN METAL!

Secara amnya, Coupe ini amat mudah untuk dikenali dek kerana ianya mempunyai dua pintu sahaja bagi tujuan keluar masuk. Sifat-sifat sporty turut terserlah berbanding kereta Sedan biasa. Adalah dipercayai istilah Coupe ini mula digunapakai semenjak Kurun ke 19 lagi dengan tempat ruangan tempat duduk di bahagian penumpang telah ditanggalkan dan menjadikan diameter di bahagian belakang lebih kecil.

Jikalau hidup di zaman sebelum Merdeka, Ford Coupe ini pasti kelihatan sangat mengujakan berbanding Ford Model 40 yang kelihatan hanya layak dipandu oleh golongan bangsawan yang mempunyai anak perempuan dua orang. Rekaan Ford Coupe ini pasti sajak dipandu oleh jejaka yang terlajak sedikit usianya tetapi cukup kaya untuk memiliki kereta di kala itu. Bila dah kaya, kereta pula sedap ditambah dengan muka ala-ala John Cena, pandu keliling kota New York pasti ramai makwe yang minta tumpang.

Manakala di era yang lebih moden sedikit, Ford Capri pasti akan kelihatan tidak kekok jika dipandu oleh Yusof Haslam diwaktu masa muda beliau. Tapi sayang, Ford Capri di tempat kita seakan mustahil untuk ditemui berbanding di negara jiran Indonesia. Selain mempunyai AE86 sebagai Coupe teratas milik Toyota di zaman itu dan zaman kini, beberapa model lain turut pernah di-coupe-kan seperti Toyota Corolla Coupe. Dan zaman yang jauh lebih moden, Toyota GT86 sudah tentu dianggap lebih bergaya disamping harganya masih masuk akal jika dibandingkan dengan AE86, sudahlah kereta lama, mahal pula serupa kapal selam. Dalam dok kita bersembang perihal Coupe dari luar, jangan pula kita pula pada Coupe milik kita yang telah tiada. Proton Putra sudah tentu menikmati zaman yang gemilang sebagai antara model teratas selain daripada Satria GTi. Tapi itulah, benda yang telah tiada ini pun bukannya elok dikenang sangat, iya tak?

Sungguhpun terma Coupe ini banyak dirujuk sebagai kereta yang kelihatan sporty, tetapi terma Coupe juga sebenanya turut diaplikasikan terhadap kenderaan lain sebagai terma pemasaran bagi industri automotif. BMW X6 misalannya. Sports Activity Coupé (SAC) adalah terma yang digunapakai oleh BMW. Walaupun mempunyai empat pintu dan ruang kelegaan bumi yang melangit tingginya, tetapi X6 ini tetap terserlah ke-coupe-annya dari sudut belakang dan masih kelihatan sporty dan seksi.

(Visited 717 times, 34 visits today)

Share this post

scroll to top