ALKISAH HONDA DAN CHINA

SHARE

Kerjasama Honda dan juga Dongfeng / GAC Group ( Guangzhou Automobile Group Co., Ltd) adalah simbol penyatuan yang bagus dan tepat diantara Jepun dan China dengan penubuhan Dongfeng Honda Automobile Co.. Ltd. dan juga Guangqi Honda Automobile Co Ltd.  Walau pun sejarah pernah menyatakan bahawa hubungan kedua negara suatu ketika dahulu tidaklah begitu baik. Namun atas faktor ekonomi, titik persamaan berjaya ditemui.

BACA : HONDA CITY HATCHBACK – UNTUK PASARAN CHINA SAHAJA

BACA : PAKATAN RENAULT NISSAN & MITSUBISHI MAHU JUAL 14 JUTA KENDERAAN!

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Faktor populasi penduduk China yang begitu besar, maka sudah tentulah Honda turut mengidam untuk mengambil sedikit kek ekonomi yang terlalu besar itu. Akan tetapi, untuk menembusi Tembok Besar bukanlah sesuatu yang mudah. Dan untuk itu, pakatan haruslah dibentuk demi mencapai matlamat tersebut.

Dongfeng Honda mula ditubuhkan pada tahun 2003 dan menjadikan Wuhan sebagai Ibu Pejabat dengan pegangan saham 50-50. Manakala Guangqi Honda pula ditubuhkan pada 1998 di Guangzhou. Dan hasil daripada perkahwinan campur ini, maka wujudlah beberapa model yang dilahirkan di China.

Honda Jade

Honda Jade ini tersangatlah menarik rekaannya. Dibina berdasarkan platform Honda Stream, ianya diklasifikasikan sebagai MPV kompak. Menggunakan konfigurasi tempat duduk 4+2 atau 5, ianya kelihatan tersangatlah sporty, terima kasih kepada rekaan bumbungnya yang rendah.

Pilihan enjin yang ditawarkan adalah 1.8 liter dan juga 2.0 liter. Mula diperkenalkan di pasaran China pada 2013. Dan Honda Jade ini akhirnya turut diperkenalkan di pasaran Jepun bermula 2015.

Honda XR-V

Kalau tengok nampak macam Honda HR-V. Benar, ianya berasaskan model Vezel (dipasarkan oleh Guangqi Honda)   atau pun HR-V kalau ditempat kita. Cuma, untuk dipasaran China, ianya telah mengalami beberapa perubahan kosmetik terutamanya di bahagian bampar hadapan dan rekaan lampu belakang.

Pilihan enjin yang ada 1.5 dan juga 1.8. Harga yang ditawarkan pula bermula daripada Yuan 127800 (RM78,721)

Honda UR-V

Model ini sebetulnya sama dengan Honda Avancier yang turut dipasarkan oleh Guangqi Honda. SUV sporty ini diposisikan di atas CR-V dan dijadikan sebagai flagship Honda.

Dijanakan oleh enjin K20C3  2.0 liter turbo, kuasa yang mampu dihamburkan sekitar 272hp, cukup berkuasa untuk menggerakkannya. Manakala pilihan enjin 1.5 liter turbo ditawarkan dengan kuasa 180hp.

Honda Crider

Model ini agak unik dan hanya terdapat di Chiina. Ianya dipasarkan oleh  Guangqi Honda. Sekali tengok macam Accord, tapi apa pasal saiz dia kecil sedikit kan?

Model yang dibina berdasarkan chasis Honda City ini disasarkan buat pengguna yang tidak berminat lagi dengan Honda Civic, akan tetapi belum bersedia untuk beralih ke Honda Accord. Crider ini duduk di tengah-tengah. Dan untuk menjadikan ianya kekal diposisi itu, maka pilihan enjin yang ada hanyalah enjin 1.8 liter.

Ternyata, pakatan yang bijak khusus di negara China ini sebenarnya menguntungkan kedua-dua pihak. Ratus ribu unit juga yang telah terjual model jenama Honda ini di sana. Bijak bukan meniaga serupa ini?

Share this post

scroll to top