ALKISAH HYUNDAI TIBURON – COUPE YANG TELAH HILANG

SHARE

Tidak lengkap rasanya andai pengeluar kereta  tidak pernah mengeluarkan model coupe dalam katalog mereka. Hyundai juga tidak terkecuali, apabila pernah mengeluarkan Hyundai Tiburon / Tucsani atau pun lebih senang disapa sebagai Hyundai Coupe.

BACA : ALKISAH COUPE : KERETA IDAMAN PLAYBOY

BACA : HYUNDAI ELANTRA EDISI SPORT

Oh ya, lama sebelum itu, Hyundai sebetulnya pernah mengeluarkan model Coupe, Hyundai Scoupe (gabungan antara Sporty + Coupe) antara tahun 1988-1995. Ianya dibina berasaskan chasis Hyundai Excel.

Dan pada 1996, model pengganti yang dibina baharu, Hyundai Coupe ini diperkenalkan. Sekali imbas, nampak cantik juga sebenarnya walau pun generasi pertama model ini kelihatan tidak cukup sukan. Itu jam, kalau parkir sebelah Honda Prelude tahun 1993 pun boleh tahan segan juga sebenarnya.

Generasi pertama Hyundai Coupe (kod GK) ini mula berada di pasaran pada tahun 1996 sehingga ke tahun 2000. Generasi pertama ini turut dipasarkan di tempat kita. Sambutan di tempat kita kira orait juga sebenarnya sebab masih mudah untuk dilihat di atas jalanraya. Barangkali disebabkan kurangnya pilihan coupe yang ditawarkan pada penghujung tahun 90an.

Ditempat kita, ditawarkan dengan pilihan enjin, 1.6 liter dan juga 1.8 liter. Akan dtetapi, untuk pasaran negara lain, enjin 2.0 liter turut ditawarkan. Malah di UK, turut ditawarkan adalah model istimewa, F2 dan F2 Evolution yang mana ianya merangkumi penggunaan rim bersaiz 16′ yang lebih ringan yang dibaluti oleh tayar Pirelli (model F2) dan juga Yokohama (F2 Evolution).

Pada tahun 1999, versi tingkat taraf (facelift) telah diperkenalkan. Rekaan bahagian hadapan dan belakang telah diberikan rupa yang baharu bagi menampilkan efek yang lebih senonoh dan acah garang. Imbas Toyota Celica pun ada bahagian hadapannya kalau tengok

Generasi kedua dengan kod GK pula mula diperkenalkan pada tahun 2001 sehingga ke tahun 2008. Rekaannya kali ini jelas menampilkan ciri-ciri yang lebih sporty. Kalau buang logo, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa ianya adalah buatan Korea. Dimensinya juga kini lebih besar berbanding generasi pertama.

Pilihan enjin yang ditawarkan 1.6 liter dan juga 2.0 liter. Di tempat kita, generasi kedua ini dengan pilihan enjin 2.0 liter yang menjadi taruhan. Dengan kuasa 138hp, barulah ianya berpadanan dengan iras rupa sebuah Coupe sebenar. Akan tetapi untuk pasaran Amerika Syarikat, model ini telah dipadankan dengan enjin 2,7 liter V6, menjadikan model Coupe GT V6 ini cukup berkuasa dengan 167hp.

Generasi kedua ini sempat mengalami dua model tingkat taraf (facelift), pada 2005 dan juga 2007. Walau bagaimana pun, model FL kedua dilihat lebih agresif dengan perubahan pada lampu utama dan juga rekaan bampar baharu. Kali ini memang dah rupa Coupe Conti pun ada kalau tengok.

Model yang menggunapakai nama Coupe SIII untuk pasaran UK ini turut mengalami beberapa perubahan pada ruang kabin termasuklah penggunaan tempat duduk baharu dan juga rekaan meter. Ciri-ciri keselamatan juga tidak kalah dengan penggunaan ABS dan ESP. Cermin suria turut tersedia

Dan selepas 2008, Hyundai Coupe ini hanya tinggal nama sahaja dek kerana jualannya yang tidaklah begitu memberangsangkan sebenarnya di serata dunia.

 

 

Share this post

scroll to top