ALKISAH MAYBACH – JENAMA ULTRA MEWAH YANG PATUT KITA KETAHUI

SHARE

Agak lama juga Brader Karrager tidak menulis perihal sejarah dunia automotif. Kali ini Brader Karrager nak berkongsi sedikit alkisah tentang Maybach Motorenbau  pembuat kereta mewah yang pengkalan di Stuggart, Jerman. Kini Maybach adalah merupakan jenama yang dipayungi oleh Mercedes-Benz.

BACA : MEMANDU KERETA MEWAH DI BULGARIA MUNGKIN BUATKAN ANDA DISYAKI PENJENAYAH

BACA : PILIHAN WARNA HITAM ROLLS ROYCE GHOST INI SAMA HARGA DENGAN SEBUAH MYVI

Lama dahulu, Wilhelm Maybach adalah merupakan Pengarah Teknikal Daimler Motoren Gesellschaft (DMG) sebelum beliau meninggalkan syarikat tersebut pada 1907. Pada tahun 1909, beliau telah menubuhkan  Luftfahrzeug-Motorenbau GmbH dengan anaknya Karl Mayback dilantik sebagai Pengarah. Ketika itu mereka hanya menumpukan untuk membina enjin petrol dan diesel bagi kegunaan keretapi dan juga kapal udara Zeppelin.

Hanya pada 1919 barulah mereka mula kereta untuk dieksprementasikan

Ketika Perang Dunia Kedua bermula, Maybach terpaksa menghentikan operasi automatif mereka dan menumpukan perhatian membina enjin. Apatah lagi Jerman dan Pemerintahan Nazi terlibat secara langsung dalam Perang Dunia tersebut.

Pasca Perang Dunia pun Maybach masih lagi tidak kembali ke pembuatan automotif. Sehinggalah pada tahun 1960 Daimler-Benz muncul kembali untuk membeli Maybach. Pun begitu, belum ada satu pun jenama Maybach menjengah pasaran pada ketika itu.

Di kala itu, Maybach hanya membina kereta edisi khas versi Mercedes sahaja. Kereta pertama jenama Maybach setelah hanya dihidupkan kembali pada tahun 2002 apabila Maybach 57 dan Maybach 62 muncul di pasaran. Kereta yang dibina berdasarkan model Mercedes S-Class.

Rupa nampak macam sama tetapi hadir dengan versi limo dengan kepanjangan menyamai van buatan China. Enjin V12 tersedia disamping dilengkapi dengan pakej yang ultra mewah. Pemiliknya sudah tentulah terdiri daripada aristokrat. Dan sasaran pembeli terdiri daripada golongan tersebut, sudah tentulah Bentley dan Rolls-Royce selayaknya menjadi perbandingan yang ideal.

Namun disebabkan kurangnya kereta ini terjual di muka bumi, maka jenama Maybach yang sebelum ini berdiri sendiri atas jenama sendiri kembali diletakkan di bawah jenama Mercedes-Benz. Dan kali ini, ianya dikenali sebagai Mercedes-Maybach, sebagai sub-brand Mercedes yang khusus untuk membina kereta ultra mewah. Berbeza dengan jenama Mercedes-AMG yang lebih menumpukan kepada kelajuan dan ciri sporty.

Langkah ini barangkali dilihat tepat kerana jenama Maybach barangkali tidaklah begitu kuat jika dibiarkan “bermain di padang seorang diri’ sementalah jenama ini kejap ada kejap menghilang. Jadi strateginya adalah menemankan Mercedes bersama Maybach.

Dan bagi membuktikan mereka benar-benar serius untuk terus bermain di padang yang besar, Mercedes-Maybach S 650 adalah jawapan yang sebenar bagi bersaing dengan jenama ulta mewah sedia ada. Gaya, mutu, Keunggulan. Eh! Eh!

 

 

 

 

Share this post

scroll to top