ALKISAH MINI MPV HONDA

SHARE

Pasaran mini MPV di Jepun tersangatlah sengitnya. Baik jenama Toyota, Daihatsu mahu pun Honda. Dan Honda juga tidak terkecuali. Kalau nak buat modal sembang, tiga hari dua malam pun belum tentu habis. Dan Brader Karrager akan cuba berkongsi beberapa model yang menarik.

BACA : HONDA STEPWGN 2018 – TAWAR CIRI HONDA SENSING, VARIAN HIBRID, ENJIN TURBO 2.0L

BACA : KENARI DATANG LAGI!

Barangkali kereta bersaiz mesin basuh, sungguh pun kecil, tapi turut mampu berubah menjadi mode kenderaan mengangkut barang, terima kasih kepada ruang kepala yang tinggi. Masuk kepada katil pun muat ni.

Honda S-MX

Model MPV kompak ini mula diperkenalkan kepada umum ketika Tokyo Motor Show 1995 dan mula dijual kepada pasaran Jepun antara 1996 sehingga ke tahun 2002.

Pereka Honda bertindak bijak dengan memadankan tempat duduk jenis bangku di bahagian hadapan bagi memberikan rasa luas dan selesa. Manakala tombol gear diletakkan di kolum tepi, sekali lagi bagi memaksima ruang bawah letak kaki. (anak kecil cukup suka duduk di tengah-tengah sebegini).

Walau pun bersaiz sederhana besar, akan tetapi enjinnya jangan buat main. Menggunakan enjin B20B yang bersesaran 2.0 liter, ia terlajak laju untuk menggerakkan badan S-MX ini. Menambahkan lagi kesedapan pemanduan, pilihan pacuan empat roda turut tersedia. Manakala varian Lowdown pula menambilkan paras rupa yang lebih kemas dan sesuai dipandu oleh anak muda.

Salah satu ciri menarik pada S-MX ini adalah ianya hanya mempunyai satu pintu sahaja di sebelah kiri pada bahagian belakang. Ianya direka sedemikain atas faktor keselamatan, mengguna pakai ciri-ciri yang ada pada sebuah van.

Selain dijual di Jepun, model ini sebenarnya turut dieksport sehingga ke UK, Australia, New Zealand dan juga Canada.

Honda Capa

Model ini dikeluarkan antara tahun 1998 hingga ke tahun 2002 direka berdasarkan platform Hondo Logo. Kalau dilihat paras rupa, ianya boleh dikatakan hampir menepati ciri-ciri sebagai sebuah mini MPV. Berbumbung tinggi serta mempunyai sedikit ruang kargo di bahagian belakang.

Dijanakan oleh enjin 1.5 liter D15B serta dipadankan dengan penggunakan kotak gear empat kelajuan CVT. Malah, model tahun 1999 telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan pacuan empat roda sepenuh masa.

Walau bagaimana pun, rekod jualan bagi Honda Capa ini tidaklah begitu memberangsangkan. Maka, tiadalah generasi kedua selepas tamat pengeluarannya pada 2002. Ianya digantikan dengan Honda Mobilio dan juga Honda Fit.

Honda That’s

Honda That’s ini agak unik. Dibina diantara tahun 2002 hingga 2006 hanya pasaran Jepun sahaja. Dikelaskan sebagai kei-car, ianya hanya menggunakan enjin bersesaran 660 liter E07Z. Pilihan pendesak turbo turut didatangkan bagi mengimbangi saiz enjin yang comel itu. Cuma yang tak berapa nak sedap, ianya dipadankan dengan kotak gear automatik dengan tiga kelajuan.

Paras rupanya memang tipikal sebuah mini MPV, walau pun bersaiz kei-car. Sesuai untuk dipandu ke pejabat dan juga bersiar-siar di hujung minggu. Penggunaan bahan bakarnya pun boleh tahan jimat. Dan untuk zaman moden ini, kesinambungan model sebegini diteruskan melalui seperti Honda Life, Honda N-Box dan juga Honda N-WGN

 

Share this post

scroll to top