Artikel Pilihan

ALKISAH MITSUBISHI DELICA – VAN TERKEMUKA DARI TANAH JEPUN

Brader Karrager syak anak muda dewasa ini pasti tidak pernah mendengari nama Mitsubihsi Delica, sebuah van yang cukup handal dan terkemuka dari Jepun. Di era Neolitik, ketika itu istilah MPV masih belum wujud lagi. Yang ada hanyalah Van sebagai mode pengangkutan untuk ahli keluarga yang ramai. Untuk tidak tahu, Delica itu bermaksud, Delivery Car. Sebabnya generasi Delica ini turut mempunyai versi pikap, khusus untuk membawa barangan karga dengan kapasiti yang lebih besar.

BACA : VAN, PELANCONGAN DAN CHINA. APA SEMUA INI?

BACA : VAN MEWAH MERCEDES-BENZ V-CLASS

Generasi pertama Delica atau pun turut dikenali dengan nama Colt T100 ini muncul pada tahun 1968 dengan rekaan sepasang lampu bulat, cukup kena dengan zaman itu. Dijanakan enjin KE44 1.1 liter, ianya sudah dikira cukup berkuasa untuk menggerakkan badan van. Popularitinya turut diraih di Indonesia apabila kilang pemasangannya turut ditempatkan di Surabaya. Apatah lagi, dengan saiz yang besar dan lebar, sangat sesuai untuk dijadikan Angkutan Kota ketika itu.

Generasi kedua Delica pula hadir dengan rekaan baharu dimana kelebaran telah ditambah berbanding generasi pertama dahulu. Dan model kali ini juga menggunakan sistem gantungan independent wishbone di bahagian hadapan manakala penggunaan leaf spring pada bahagian belakang. Kira cukup moden dah tu.

Paling handal sekali apabila varian 4WD turut diperkenalkan buat pertama kali untuk sebuah van pada tahun 1982. Baru boleh saingan dengan Pajero masuk hutan belantara. Kali ini, pelbagai pilihan enjin ditawarkan, antara 1.4 liter sehinggalah kepada 2.5 liter (diesel) mengikut varian yang ditawarkan.Generasi ketiga Delica ini pula diperkenalkan pada tahun 1986 yang mana rekaan aerodinamiknya telah ditambah baik berbanding dua generasi terdahulu. Begitu juga dengan ciri-ciri keselamatan yang turut mengalami tingkat taraf.

Delica generasi ketiga ini juga banyak boleh dilihat di tempat kita, terutamanya varian 4WD. Memang sedap betul bawa masuk hutan bersama ahli keluarga yang lain.

Manakala generasi keempat pula lebih dikenali sebagai Mitsubishi Delica Space Gear. Serupa nama kapal angkasa pula rasanya. Dan ianya kelihatan lebih esklusif lagi apabila varian tertingginya turut menawarkan bumbung panorama.

Dan generasi kelima dan yang terakhir agaknya pula berada di pasaran pada tahun 2007. Ianya turut diberi nama Delica D.5. Dari segi saiz, jelas ianya jauh lebih besar berbanding model sebelum-sebelumnya. Pun begitu, sifat sebuah van masih lagi dikekalkan dan jelas kelihatan. Van dengan lapan tempat duduk ini turut menggunakan AWC (All Wheel Control) pacuan semua roda dan juga INVECS-III, sama seperti model moden keluaran Mitsubishi yang lain.

Sayangnya, model ini tidak lagi menjengah pasaran di Malaysia. Barangkali tiada guna membawa masuk tetapi nak jual bukan main payah. Berlainan sekali dengan di negara seberang, ianya masih mendapat sambutan yang menggalakkan meski pun terpaksa bersaing dengan dengan segmen MPV bagi merebut pembeli.

 

Google ads

B K

Back to top button