APA KHABAR MICHAEL SCHUMACHER?

SHARE

Tanyalah mana-mana rekod yang tercatat dalam perlumbaan F1, nama lagenda ini akan muncul tak kira sama ada kategori pelumba yang memiliki kejuaraan terbanyak, podium terbanyak, penerima bayaran termahal atau apa sahaja. Sukar untuk menafikan apa yang telah beliau capai.

Lagenda yang masih hidup dan sepatutnya giat bertemu peminat di acara-acara semasa seperti lagenda-lagenda F1 lakukan sekarang. Malah pelumba-pelumba baru patut berpeluang menimba ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Namun akibat kemalangan di Banjaran Alps, Perancis pada 2013 menyebabkan semua itu tidak berlaku. Nama beliau sunyi dari majlis-majlis sukan bermotor.

Kemalangan lebih 3 tahun lalu hampir meragut nyawa juara 7 kali Formula 1 itu. Ia telah menyebabkan Schumacher koma dan keluarganya memohon pihak media tidak mengganggu beliau sepanjang proses pemulihan.

Namun pada Ogos 2015, satu kenyataan telah dikeluarkan bahawa lagenda itu menunjukkan tanda-tanda akan sedar dari koma. Tidak lama kemudian, beliau diistihar sedar dan pada 2016, majalah tempatan Jerman ‘Bunte’ mendakwa Schumacher sudah mampu berjalan namun ia merupakan berita palsu dan majalah tersebut terpaksa membayar 50 ribu Euro kepada keluarga Schumacher.

Memandangkan keluarga beliau cukup privasi dalam hal ini, kebanyakan kenyataan-kenyataan tentang perkembangan kesihatan Schumacher setakat ini hadir dari kalangan sahabat-sahabat terdekat beliau. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan untuk media.

Apa yang yang dapat disimpullan, selepas kecederaan otak serius yang dialaminya, beliau dikatakan sukar untuk sembuh sepenuhnya. Malah untuk berdiri sendiri dan berkomunikasi juga amat sukar. Namun beliau menunjukkan perkembangan yang positif untuk proses penyembuhan dan terapi.

Moga cepat sembuh Sang Juara!

(Visited 3,825 times, 137 visits today)

Share this post

scroll to top