Artikel Pilihan

AUTOSELECT TUNER GTR JAPAN – INI ADALAH PAKAR R32 (TAPI BOS NYA SUKA R33!)

Di Jepun, kebanyakan tuners/bengkel yang ternama telah beroperasi lama. Ada yang berusia sampai 40-50 tahun diturunkan dari satu ke satu generasi. Kalu nak disenaraikan satu persatu, sampai Hari Raya Krismas tahun depan pun tak habis.

Tuner di Jepun memang banyak dan mereka mempunyai kepakaran masing-masing. Ada yang hanya buat enjin rotary macam REAmemiya, ada yang buat Porsche sahaja macam RWB, ada yang hanya buat kereta-kereta olskool macam Shoji Inou.

Nama-nama besar dalam industrii aftermarket Jepun juga sering bertukar ganti. Pelru dingat di Jepun, apa sahaja yang mereka buat, mereka akan buat dengan serius. Dalam hal restorasi, modifikasi dan selenggaraan pun sama. lazimnya pasukan yang sama akan hantar kereta ke litar lumba untuk buktikan keupayaan masing-masing.

BACA: KANJO, BUDAYA KERETA DI OSAKA

BACA: SUPERCAR ITALI DI JEPUN JUGA SATU FENOMENA

Ini pula ialah video ringkas tuners Autoselect yang terletak di Osaka. Ia dirakam oleh krew Bulletproof Automotive dan mereka lihat sendiri selok belok bengkel ini. Ia telah beroperasi lebih 30 tahun yang mana orang kenalinya dengan pakar pengubahsuaian Skyline R32.

Diketuai oleh Encik Sawa, secara peribadi sebenarnya beliau paling suka bukan R32 atau GTR R35.

Beliau paling suka R33 GTR. Sangat rare sebab kereta R33 ni boleh dianggap tenggelam di sebalik populariti R32, R34 dan R35.

Nah, tengok video di bawah

Google ads
Back to top button