BENTLEY MINTA PELAJAR REKABENTUK HASILKAN LAKARAN KERETA MEWAH 2050

SHARE

Untuk membayang kan tentang dunia automotif masa depan memang agak sukar. Inikan pula untuk menghasilkan konsep kereta mewah yang akan muncul 30 tahun akan datang. Pada awal 90-an dulu ramai menyangkakan yang dunia akan dipenuhi kereta-kereta yang mampu terbang tapi sehingga sekarang belum ada yang benar-benar dipasarkan secara komersil. Tapi sati perkara yang pasti ialah kereta elektrik sudahpun beransur-ansur menguasai dunia. Bentley, pembuat kereta mewah British telah melontarkan satu permintaan kepada pelajar-pelajar Royal College of Arts dan mereka membalasnya dengan lakaran beberapa konsep yang agak menarik.

Bentley sentiasa mahu berada di hadapan penggiat industri automotif dan dengan kolaborasi bersama pelajar0pelajar ini mereka berharap untuk berkongsi visi untuk masa depan, kata Pengarah Rekaan Bentley, Stefan Sielaff. Sileaff sendiri merupakan alumni dari RCA.

Mereka mahukan idea dan konsep baru dari perspektif berbeza dengan kepakaran digital dari seluruh dunia. Ia bagi membolehkan Bentley menetapkan hala tuju baru pada masa akan datang. Pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka merupakan generasi pelapis dalam bahagian rekaan kereta dan hasil yang keluar sememangnya sangat menarik.

Para pensyarah RCA dan pereka-pereka Bentley telah memilih empat karya terbaik daripada 24 penyertaan. Karya yang terpilih ialah “Luxury Soundscapes” oleh Irene Chiu, “Material Humanity” oleh Kate Namgoong, “Stratospheric Grand Touring” oleh Jack Watson dan “Elegant Autonomy: oleh Enuji Choi.

BACA: FORD BANGUNKAN SISTEM AMARAN KEMALANGAN & AMBULANS DI BELAKANG

Ini merupakan antara idea-idea radikal yang berjaya dicungkil tetapi pada masa yang sama ia tidaklah begitu melampaui batas. Sebagaimana kereta berevolusi kepada EV dan autonomi pada masa akan datang kereta sepatutnya masih mampu memberikan rekfleksi tentang pemiliknya sendiri. Contohnya macam Abang Japar dengan Tiara, Pak Amid dengan GTR dan Taliban dengan Myvi.

Konsep Namgoong rasanya paling menarik kerana ia lebih realistik. Beliau berkata sepatutnya kita mempunyai pilihan untuk sesekali merasai nikmat pembakaran enjin terbuka di dunia yang dipenuhi oleh kereta-kereta EV. Bukankah ia sama seperti nasib kuda yang pernah menjadi lambang kemewahan pemilik sebelum ia kemudiannya diganti dengan kereta?

Konsep Chiu pula lebih kepada untuk mengurangkan tekanan sewaktu bergerak dari titik A ke titik B dengan bantuan sistem suara dan pelbagai ciri yang menenangkan. Enuji lebih kepada konsep untuk kegunaan di bandar-bandar besar tetatpi dengan kemewahan sebuah Bentley. Watson pula memilih untuk menghasilkan konsep untuk membolehkan pemilik menguruskan perniagaan walaupun sewaktu perjalanan. Tokey-tokey kosmetik on-line mungkin minat ni kot?

 

Kita memang tidak dapat meramal secara tepat tentang kereta mewah dalam 30 tahun akan datang tetapi Bentley akan sentiasa mencari idea untuk memastikan pelanggan mereka mendapat yang terbaik walaupun dalam dunia yang dipenuhi kenderaan EV yang memang serba pelik (dari segi rupa paras).

Share this post

scroll to top