BILA PELUMBA TERPANTAS JEPUN BERLUMBA DENGAN KERETA PERLAHAN – HURU HARA!

SHARE

Jepun, walaupun negara mereka maju satu perkara yang jelas, humor adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Dari siri TV hinggalah ke papantanda yang kebanyakannya menggunakan anime atau watak kartun.

Boleh dikatakan semua selebriti mereka boleh melakukan aksi lucu yang spontan. Itu termasuklah ketika berlumba di litar dan ini pula adalah video klasik dari penerbit terkenal, BEST MOTORING dari Jepun yang memaparkan adegan perlumbaan yang jarang dibuat.

BACA NISSAN 350Z JADI KERETA OFFROAD, GILA.

BACA VIDEO TERBAIK PERNAH DIBUAT UNTUK PORSCHE RWB

Ini adalah video yang dirakam 20 tahun yang lalu, namun ia hanya dimuat naik ke laman youtube beberapa hari lepas. Ia adalah pandu uji kenderaan Daihatsu Midget II, sebuah trak mikro dengan kapasiti seorang pemandu. Trak ni digunakan untuk mengangkut barang dan mampu melalui lorong sempit di bandar.

Motorharu Kurosawa adalah salah seorang pelumba dalam aksi ini. Mereka mencuba pelbagai aksi. Dari catatan masa perlumbaan drag autokhana dan juga perlumbaan di litar.

Kurosawa adalah antara lagenda di Jepun, beliau menang keseliuruhan perlumbaan motorsikal- All Japan pada 1962, pemandu paling berpengalaman untuk Hakosuka KPGC10, dan juga pemandu Formula Satu Jepun pasukan Nissan.

Tapi cuba lah anda lihat betapa kelam kabutnya mereka berlumba dengan trak yang tayar sebesar Yamaha Y15ZR. Jika anda biasa dengan permainan video, Midget ini juga adalah salah satu kereta pilihan dalam Gran Turismo.

Dan nak tahu apa yang menarik? Gran Turismo mendapat idea untuk memasukkan trak miro Midget II dalam kereta pilihan setelah menonton perlumbaan ini. Memang huru-hara!

 

 

(Visited 902 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top