BOSCH BANGUNKAN ARAHAN SUARA UNTUK KERETA – “KARIM, KUATKAN SIKIT AIRCOND TU!!”

SHARE

Perisian bantuan suara seperti Alexa, Siri, Google, Cortana dan Bixby kini sudah menguasai teknologi rumah pintar dengan mengawal sistem lampu dan pembersih hampagas. Kini Bosch maju setapak lagi dengan membangunkan sistem yang sama tetapi untuk kegunaan kereta.

Teknologi baru ini membolehkan pemandu kekal fokus kepada pemanduan dan mengurangkan gangguan. Mana tidaknya, ruang pemanduan kereta-kereta moden kini kelihatan seperti kokpit pesawat yang dipenuhi denan pelbagai butang dan skrin paparan multifungsi dengan menu yang pelbagai.

Bosch akan mengurangkan masalah ini dengan mewujudkan perisian bantuan suara yang boleh berinteraksi dengan pemandu seperti penumpang biasa. Demikian menurut Dr. Dirk Hoheisel, ahli lembaga pengarah Robert Bosch Gmbh.

Pembantu yang dimaksudkan dinamakan “Casey” sebaik pemandu masuk ke dalam kereta akan membuatkan pemanduan menjadi lebih selamat dan selesa. Menurut kajian yang dilakukan oleh Allianz Center for Technology, pemandu Jerman biasanya hilang tumpuan semasa menggunakan sistem pandu arah, melaraskan suhu penyaman udara ataupun menjawab panggilan telefon. Gangguan inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Memberi respon kepada setiap patah berkataan – walaupun semasa ‘offline’

Fungsi kawalan suara pada masa lalu biasanya kurang membantu dalam masalah ini. Ia juga biasanya diletakkan sebagai satu perisian pilihan dalam kereta anda. Pemandu mesti menghafal strukturnya dalam menu tetapan dan perlu dilaraskan pada skrin paparan. Itu pun dah kira mengganggu pemanduan. Biasanya sistem tersebut gagal memahami dengan tepat arahan yang diberikan.

Dengan perisian baru Bosch, masalah tersebut tidak timbul lagi. Perisian baru ini boleh memahami percakapan anda sama seperti seorang sahabat yang menumpang kereta anda (cuma yang ni tak bayar duit minyak). Ia akan memahami anda walaupun anda tidak menggunakan bahasa yang standard.

Ia bukan setakat memahami ayat-ayat yang biasa anda tuturkan tetapi juga memahami bahasa dan dialek setempat dan boleh digunakan di lebih 30 buah negara di serata dunia buat masa sekarang. Ia bukan setakat memahami Bahasa Inggeris biasa tetapi juga dalam slang British, Amerika Syarikat, New Zealand malah Australia sekalipun.  Tak lama lagi tak mustahil Bahasa Inggeris Malaysia pun dia faham. “You know lah what I want to eat”.

Bertindak balas kepada apa nama sekalipun

Ini lagi best, anda boleh memanggilnya dengan nama yang anda pilih dan tidak terikat dengan nama “Casey”. Panggilah dengan nama Hamzah, Tamim, Mira atau Kumari, ia tetap akan menjawab panggilan anda dengan penuh sopan. Ia bukan setakat memahami 30 bahasa yang berbeza malah anda mempunyai pilihan suara yang boleh digunakan. 44 daripadanya merupakan suara wanita manakala 9 lagi suara lelaki.

Bukan itu sahaja sistem ini dihidupkan secara automatik sebaik anda memanggil namanya. Fuh, ini dah macam kereta Knight Rider. Lepas ni kalau tengok ada pemandu bercakap seorang diri jangan salah faham. Dia sebenarnya sedang berinteraksi dengan keretanya sendiri.

BACA: CONTINENTAL CIPTA SISTEM BUNYI TANPA PERLU KEPADA PEMBESAR SUARA

Casey juga boleh melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pesaingnya contohnya berfikir dan mempelajari sesuatu. Contohnya jika anda ingin membuat panggilan kepada seseorang yang bernama Kudin, sistem ini akan menganalisa kenalan anda dan mengambil kira lokasi semasa, masa dan situasi sebelum menghubunginya. Kudin pada waktu pagi mungkin merujuk kepada rakan sejawat anda tetapi pada waktu lewat petang mungkin merujuk kepada kawan baik anda. Untuk kepastian sistem ini akan bertanya kepada anda, “Saya sudah menemui 5 kenalan dengan nama Kudin. Adakah anda mahu menghubungi Kudin Hensem?

Begitu juga dengan fungsi pandu arah. Anda cuma perlu memberitahu destinasi anda dan sistem ini akan memilih laluan yang paling sesuai untuk ke destinasi anda tanpa perlu mengubah sebarang pilihan pada menu tetapan sistem pandu arah.

Casey juga tidak perlukan sambungan data luaran. Ia membuat perkiraan awal bagi memastikan anda sentiasa berhubung walaupun ketika berada di dalam terowong ataupun jika talian telefon anda tidak mempunyai liputan yang baik.

 

Share this post

scroll to top