CERITA WARGA KOTA : APAKAH JADAHNYA LEBUHRAYA BANYAK BANYAK DALAM KUALA LUMPUR NI?

SHARE

Lebuhraya ini fungsinya dibina untuk menghubungkan antara titik A dan titik B dengan pantas dan tangkas lagi bergaya. Itulah fungsi sebenar kewujudan sebuah lebuhraya. Sama ada ianya berbayar atau pun tidak, bergantung kepada pemerintah.

BACA : CERITA WARGA KOTA : HENDAK PERGI KERJA NAIK APA YA?

BACA : PROLINTAS DEDAH PERINCIAN PERJANJIAN KONSESI LEBUH RAYA

Dan sebagai penghuni kota, sudah tentu kita semua arif tentang kewujudan lebuhraya pendek, baik yang berbayar mahupun ditanggung bayar. Sudah tentu, yang ditanggung bayarnya adalah Jalan Lingkaran Tengah 1 yang mana ianya meliputi Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2. Manakala buat pengguna laluan Jalan Kuching di era Neolitik, sudah tentu mengingati Plaza Tol Jalan Kuching dan juga Plaza Tol Jalan Pahang.

Akan tetapi jangan kita lupa tentang kewujudan Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan antara Kuala Lumpur membawa sehingga ke Bandar Klang. Walaupun bertaraf lebuhraya, tapi dia punya sesak serupa jalan lama. Tak mengira waktu.

Jikalau dahulu, lebuhraya bertol ini dibina bagi menghubungkan sesuatu kawasan yang jauh supaya lebih dekat jarak perjalanannya tanpa perlu menempah kesesakan laluan persekutuan misalannya. Contoh paling mudah adalah New Klang Valley Expressway (NKVE) yang telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1993.

Dan pada zaman serba moden, lebuhraya di hadapan pintu pagar rumah bukanlah sesuatu yang asing. Tak gila kau dibuatnya, buka pinta pagar nak keluar kereta terus jumpa Plaza Tol. Barangkali tafsiran negara maju adalah mempunyai lebuhraya seorang satu dari pintu pagar terus sampai parkir depan pejabat.

Tafsiran lebuhraya di Ibu Kota kini sudah dianggap perkara biasa dan dianggap sebagai suatu keperluan. Salah satunya yang menghubungkan Pekan dan Pusat Bandar adalah Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH). Nama macam tak berapa nak komersial. Tapi fungsinya tersangatlah berguna, terutama untuk menjimatkan masa perjalanan dari Ampang terus menuju ke Ibu Kota. Merentasi Sungai Klang adalah ciri unik yang ada pada lebuhraya bertingkat ini.

Maka, bayar tol mahal serasa berbaloi juga apabila menjimatkan masa yang bukan kepalang. Maklumlah, masa itu emas. Emas mahal sekarang ini. Jadi, eloklah juga kita kumpul masa daripada membuang masa.

Rentetan daripada itu, beberapa lebuhraya pintasan telah dibina dan bakal dibina bagi membolehkan rakyat jelata tiba awal di pejabat tanpa perlu khuatir mendapat surat amaran daripada bos.

Lebuhraya DUKE misalannya adalah contoh yang bagus untuk memintas masa perjalanan dari arah Sri Gombak untuk menuju ke Jalan Tun Razak pergi dan balik. Bayar sahaja RM2.50 untuk jarak perjalanan dua kangkang kera itu.

Tidak lupa juga lebuhraya Smart Tunnel dengan dwi fungsi. Malas nak hadap jem hala ke Jalan Tun Razak dari Sg Besi, standby sahaja kad TnG.

Dan sekarang ini beberapa lebuhraya juga giat sedang dalam pembinaan seperti SPE, DASH, KIDEX, SUKE, SAME DIE. (Ok yang ni BK acah aja).

Hidup di Ibu Kota ini beginilah kalau ingin memandu ke pejabat dengan lekas. Pastikan nilai kad TnG mencukupi. Jangan dibuat perangai setan menonong masuk Plaza Tol, sekali baki tinggal 80 sen. Aniaya orang belakang namanya.

Sebagai penutup, izinkan Brader Karrager kongsikan satu lagi lebuhraya / pintasan dari Jalan Sultan Ismail menuju ke Jalan Tun Razak. (Kondis iJalan Ampang menghala ke Tun Razak waktu petang boleh menguji tahap keimanan seseorang terutamanya lepas hujan lebat).

Laluannya? Masuk ke arah parkir KLCC dan terus sahaja menghala keluar ke arah Jalan Tun Razak. Untuk jarak lebih kurang 500 meter dah kena caj sebungkus Nasi Ayam pasar malam. Mahal bukan? Tapi kalau boleh jimat masa lima minit daripada membuang masa 45 minit mengapa tidak?

 

Share this post

scroll to top