Artikel Pilihan

CHEVROLET CRUZE 2019 – PILIHAN HATI MASA KINI

Chevrolet Cruze suatu ketika dahulu pernah juga menjadi penyeri jalan raya bandar bandar besar di negara kita. Kehadirannya memberikan sedikit pilihan kepada pembeli yang inginkan sesuatu yang menjadi kebiasaan dan lari daripada Honda Civic misalannya.

BACA : CHEVROLET COLORADO SPORT & CRUZE SPORT

BACA : PROMOSI NAZA CHEVROLET

Menyedari kejayaan yang dihasilkan daripada generasi pertama, Chevrolet memutuskan untuk memperkenalkan generasi kedua Cruze pada tahun 2016. Generasi kedua Cruze ini memperlihatkan saiznya mengalami perubahan lebih besar berbanding model sebelumnya.

Dan untuk model versi facelift 2019 ini, bahagian luaran Cruze ini telah mengalami beberapa perubahan agar ianya tampak lebih segar di mata pembeli. Rekaan gril berbentuk heksagon bahagian bampar telah diperbesarkan dengan corak berbentuk V berwarna gelap melatari ruangan dalaman. Logo Chevrolet yang berbentuk ‘Bowtie’ itu telah diletakkan di bahagian hadapan panel bampar untuk kelihatan lebih menyerlah.

Lain – lain perubahan yang terdapat pada versi facelift ini termasuklah penggunaan rim bersaiz 17 (rim bersaiz 18 untuk RS) yang baharu, kawalan auto untuk suhu, dan juga sistem hiburan bersaiz 7 inci dengan skrin sesentuh yang baharu lengkap dengan integrasi telefon pintar serta sambungan 4G LTE.

Pilihan enjinnya pula masih sama terdiri daripada 1.4L turbo dan juga 1.6L turbo diesel. Enjin bersesaran 1.4 turbo itu mampu menghamburkan kuasa kira – kira 153hp dan tujahan 240 Nm yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear auto & manual enam kelajuan. Cukup berkuasa untuk menggerakkan badan Cruze yang sememangnya besar ini. Manakala teknologi Stop / Start yang ada membantu sedikit untuk penjimatan bahan bakar.

Lain – lain ciri seperti Lane Change Alert with Side Blind Zone Alert, Rear Cross-Traffic Alert, Rear Park Assist, Following Distance Indicator, Forward Collision Alert, Front pedestrian braking, Lane  Keep Assist with Lane Departure Warning, serta Low Speed Forward Automatic Braking merupakan teknologi yang ada pada model bersaing dalam Segmen C ini.

Oh ya, suka juga Brader Karrager kongsikan bahawa Cruze ini sebetulnya wujud juga dalam versi hatcback. Dan hatchback-nya kelihatan mampu menggoda jiwa buat mana – mana jejaka dan acah – acah jejaka.

Walau pun cantik di pandang mata, kita hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja. Model – model ini hanya dipasarkan khusus untuk pilihan hati rakyat benua Amerika sahaja.

 

Google ads

B K

Back to top button