Artikel Pilihan

CHEVROLET SILVERADO HD – SUPER TRAK PIKAP UNTUK CLARK KENT

Kalau dah menetap di pekan kecil seperti Smallville, penggunaan  kenderaan trak pikap yang bagak adalah sesuatu yang cukup sesuai dan sajak untuk dipandu. Jangan buat pasal nak guna Proton Arena buat angkut hasil ladang. Sudah tentu model Chevrolet Silverado HD terbaharu ini adalah jawapan yang cukup sesuai untuk dipandu oleh Clark Kent.

BACA : CHEVROLET COLORADO ZH2 – TRAK PIKAP TENTERA PALING GANAS

BACA : TOYOTA TUNDRA TRD VS TOYOTA SEQUOIA TRD

Sebagai sebuah trak pikap bersaiz penuh, kebesaran dan kemegahannya tidak perlu disangkal lagi. Tengok sahajalah gril Chevrolet Silverado HD yang sebesar meja makan itu. Tipikal trak pikap dengan gaya Amerika. Semuanya harus menonjol dan kelihatan gah. Oh ya, HD itu bukannya merujuk kepada High Defination ya. HD ini merujuk kepada High Duty.

Dan sudah tentu, kewujudan generasi keempat dalam keluarga Silverado versi HD ini sudah tentu mampu memenuhi kehendak pelanggan yang senantiasa menitikberatkan keupayaan sewaktu tugasan berat sebuah trak pikap.

Menurut Ketua Jurutera Jaclyn McQuaid, pembinaan model Chevrolet Silverado HD ini yang sangat tahan lasak ini cukup sesuai digunakan buat mereka yang ingin menarik trailer di bahagian belakang kerana ianya turut dilengkapi dengan teknologi menunda yang baharu serta bedstep yang diintegerasikan yang terbukti memudahkan urusan.

Malah trak pikap ini turut menawarkan keupayaan menunda trailer serta mampu menampung beban muatan yang lebih khusus untuk golongan penggemar trak tahan lasak. Trailer di sini yang dimaksudkan bukanlah jenis motorhome bersaiz rumah kotak ya. Ini jenis trailer yang serupa tangki lori minyak pun selamba aja si Silverado HD ni boleh tarik tanpa ada masalah besar.

 

Bagi menggerakkan badan trak pikak yang sasa ini, terdapat dua pilihan. Enjin petrol dengan suntikan langsung serba baharu dan juga Duramax Turbo Diesel V8 liter yang dipadankan dengan kotak gear Allison 10 kelajuan. Jenuh juga nak sampai ke 10 gear ni kan. Model sebelumnya turut menggunakan kotak gear Allisan tetapi dengan enam kelajuan sahaja.

Bahagian dalamannya juga turut menerima penambahbaikan daripada model sebelumnya apabila ruang kelegaan kaki penumpang belakang telah ditarik lagi sehingga 3 inci. Baru selesa.

Dan model super trak pikal ini hanya akan membuat debutnya pada Februari nanti. Kena sabar sikitlah wahai Clark Kent kalau nak beli.

Google ads

B K

Back to top button