DELOREAN DMC-12 : ANDA KENAL KE TIDAK KERETA MESIN MASA NI?

SHARE

Melihatkan paras rupanya buat pertama kali di zaman itu, pasti ramai yang beranggapan ianya adalah sebuah yang mampu merubah menjadi Jet. Diproduksikan pada tahun 1981, sudah tentu ramai yang menggelengkan kepada melihatkan rekaan yang sebegitu radikal bagi sebuah kereta di zaman Tun Mahathir baharu untuk memulakan tampuk pemerintahan. Dengan pintu gull-wing dan muncung hadapan yang panjang, tidak syak lagi ini adalah kereta idaman lelaki di kala itu.

BACA : 10 KERETA HEBAT DARI INSPIRASI RANCANGAN TV

BACA : FORD MUSTANG “ELEANOR” DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. YA, IA SUDAH BOLEH DIBELI

Kereta yang diproduksikan oleh DeLorean Motor Company antara tahun 1981 sehingga 1983 di kilang asalnya yang terletak di Dunmurry, Ireland Utara. Sepanjang tempoh yang singkat itu, dikhabarkan sekitar 9,000 unit buah DMC-12 ini telah dibina. Dan hanya model DMC-12 ini sahaja yang sempat dibina oleh DeLorean Motor Company sebelum syarikat itu ditutup akibat masalah muflis.

DMC-12 ini dijanakan oleh enjin PRV V6 2.85 liter. Walau pun menggunakan enjin V6, kuasa kudanya hanyalah setakat 130hp sahaja. Untuk zaman itu, kira laju sangat dah dengan kelajuan maksimum 177 km/j untuk DM-12 ini.

Bagi menampilkan ciri sebuah kereta sukan yang sebenar, profil kereta ini telah direndahkan dengan penggunaan sistem gantungan berasingan bagi setiap sudut dan juga saksobar teleskopik kata Pak Akob yang berasal dari Tanah Merah.

Itu belum lagi panel badan yang menggunakan besi tahan karat sepenuhnya. Tempat duduk bersalut kulit dan lengkap dengan pemain kaset dan juga pendingin hawa antara tarikan utama yang ditawarkan.

Rim bersaiz 14 inci dan 15 inci yang digunakan pada waktu itu kelihatan elok sahaja tanpa menerima kecaman peminat kereta. Kalau zaman sekarang ni pakai kereta sukan tapi rim saiz Alza mau berbakul kena kejam. Tapi depan belakang pakai brek cakera ok. Apa barang brek jenis drum ni kan.

Harga yang ditawarkan ketika di awal pengeluarannya adalah US$25,000 (RM98,825) sahaja. Tampak macam sedikit premium bagi zaman itu. Tapi senarai menunggu panjang bukan main lagi. Walau bagaimanapun setelah syarikat mengalami masalah muflis, harganya jatuh menjunam separuh daripada harga asal yang ditawarkan.

Walau pun DMC-12 ini disasarkan khusus untuk pasaran Amerika, tapi ianya turut dibina dengan pemanduan tangan kanan bagi keperluan eksport ke negara UK misalannya. Akan tetapi hanya 16 unit sahaja yang sempat dibina.

Sesungguhnya tiada siapa dapat menafikan keberkesanan lakonan DMC-12 ini sebagai Mesin Rentas Masa dalam trilogi Back To The Future. Sama naik dengan hero si Marty McFly tu.

Dan untuk yang berminat untuk memiliki DMC-12 pada zaman moden ini, pihak Delorean sebetulnya telah membuka semula tempahan buat orang awam untuk memlikinya replika sebenar dengan harga di bawah  US$100,000 (RM395,300). Boleh klik sini .

 

Share this post

scroll to top