Artikel Pilihan

KISAH KERETA BARU TOYOTA CELICA DAN COROLLA (1974) YANG TERSADAI CYPRUS

Beberapa hari lepas saya berbual dengan komuniti peminat kereta dan motor klasik. Banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama dan ada beberapa perkara yang saya belajar. Ramai pengimport kenderaan klasik tidak lagi hanya berharap pada lelongan yang dibuat di Jepun atau iklan jualbeli dari UK. Mereka beralih arah ke pasaran yang belum disentuh seperti Mexico, Timur Tengah, India dan ada yang sedang cuba berurusan dengan peniaga dari negara Cuba. Dikatakan bahawa kereta klasik-hotrod di Cuba jauh lebih murah berbanding Amerika sendiri.

Saya juga diberitahu tentang kisah Cyprus, bandar Varosha di kepulauan kecil yang ditinggalkan akibat serangan Turki yang berlaku pada 1974. Kisahnya sungguh menyayat hati. Selepas pendudukan Turki, gencatan senjata dengan dengan Greek, bandar ini diambil alih oleh PBB. Ia dikuarantin, menjadi kawasan larangan dan tidak boleh diakses lebih 4 dekad lamanya.

toyota cyprus (4)

Bo De Visser, pengembara dari Belanda antara yang berpeluang merakamkan sesuatu yang kita tak sangka akan lihat di tahun 2016. Ketika Varosha diserang, semua penduduk lari menyelamatkan diri, tiada apa yang ditinggalkan. Ia termasuklah kisah pusat pameran Toyota yang masih menyimpan stok kereta Corolla dan Celica BARU. Di telan arus masa, kereta-kereta ini masih berada di pusat pameran dengan dilitupi habuk dan debu.

Kereta-kereta ini kebanyakannya diimport penuh dari Jepun sewaktu zaman permulaan industri eksport Toyota. Ia masih berada di posisi yang sama sewaktu dipamerkan pada tahun 1974, di ruang display dan dalam garaj simpanan stok pengedar tempatan.

toyota cyprus (2)

Pada awalnya, kami berasa teruja melihat masih wujud kereta dengan batuan “0” di paparan meter namun selepas mencari info tambahan kita dapat lihat hakikat bahawa perang telah memusnahkan kehidupan manusia. Kesan bandar tinggal ini menceritakan kesengsaraan rakyat biasa yang bergelut dengan sifat rakus, jahat dan kejam si penjajah.

Di keliling bandar juga terdapat kesan jelas tinggalan bangunan dengan lubang peluru, botol minuman yang ditinggalkan malah lapangan terbang yang ditinggalkan secara tiba-tiba. Sehingga ke hari ini, UN masih mengekalkan kawasan “penampan” yang diberi nama Green Line sepanjang 180km di antara bandar Nicosia di sepanjang kepulauan Cyprus.

 

 

Kredit Bo De Visser

 

toyota cyprus (7) toyota cyprus (5) toyota cyprus (1) toyota cyprus (6) toyota cyprus (2) toyota cyprus (4)

Google ads
Back to top button