Artikel Pilihan

DUCATI BERKUASA ELEKTRIK DAN MEMPUNYAI PEDAL – BIAR BETUL?

Pengeluar motosikal terkenal dari Itali, Ducati belum pernah mengeluarkan motosikal berkuasa elektril tetapi kini mereka telah memperkenalkan sebuah basikal gunung berkuasa elektrik. Basikal rupanya, bukannya sebuah superbike. Ia diperkenalkan buat pertama kali di EICMA Milan Motorcycle Show dan dinamakan MIG-RR.

Ruang pameran Ducati di EICMA memang sentiasa penuh dengan peminat dan para penulis media automotif. Kesemuanya mencari sudut yang sesuai untuk merakam gambar model-model Ducati tetapi ada satu model mereka yang kecil molek tetapi berjaya mencuri perhatian ramai. Ia adalah sebuah basikal gunung ataupun mountain bike terbaru Ducati.

Ia merupakan hasil ciptaan Ducati dan rakan kongsi mereka Thok E-bikes. Ia hasil gabungan kepakaran menghasilkan basikal elektrik Thok E-bike dan rupa paras dan rekaan Ducati yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Menurut Ducati, basikal gunung berkuasa elektrik akan membolehkan penunggang mendaki bahagian bukit-gunung yang sebelum ini dianggap mustahil tanpa bantuan motor. Kini mereka boleh menikmati kebebasan berkayuh di atas jentera dua-roda dengan lebih baik. Gabungan Ducati dengan Thok E-bike yang mempunyai kepakaran khusus memang sesuatu yang positif.

Ducati MIG-RR ialah tambahan kepada varian mountain bike elektrik MIG sedia ada. MIG-RR ini menggunakan Shimano Steps E8000 mid-drive 250W. Motor ini juga mampu menghasilkan tork setinggi 70 Nm untuk membantu anda mendaki bukit curam.

250W mungkin tidak macam hebat sangat, besar lagi kuasa speaker radio kaset Pak Amid tapi bila digabungkan dengan tork yang tinggi pilihan gear yang sesuai, MIG-RR ini boleh membuatkan anda tersengih sewaktu bermain lumpur.

Untuk kuasa pula, e-bike Duacti baru ini bergantung kepada bateri berbentuk tiub 36V yang diletakkan di bawah kerangka dan bukannya di bahagian atas seperti model lain. Sedikit sebanyak ia berfungsi mengurangkan berat keseluruhan.

BACA: MINI JUAL BASIKAL LIPAT – HARGA RM3,100 TIDAK TERMASUK AKSESORI

Itu baru komponen-komponen asas e-bike. Untuk berfungsi sebagai mountain bike sepenuhnya MIG-RR turut dilengkapi dengan komponen-komponen basikal lasak yang terbaik.

Antaranya ialah bahagian suspensi yang menggunakan Fox 36 Float 29 Factory Series Kashima di hadapan dan Fox DPX2 Factory Series di belakang. Kalau tak cukup lagi bagaimana pula dengan bar hendal daripada karbon, pelana rendah, set brek cakera 4-piston Shimano dan set gear 11-kelajuan Shimano XT yang akan memastikan anda sudahpun mengatasi pesaing anda dari segi kos dalam pertandingan. Menang kalah itu nombor dua.

Satu lagi ciri yang membezakan MIG-RR daripada varian lain ialah rim yang berbeza saiz depan dan belakang. Bahagian hadapan adalah lebih besar (29’) untuk melangkaui halangan manakala bahagian belakang adalah sedikit kecil (27.5’) agar lebih lincah.

Walaupun dengan berat keseluruhan 22.5 kg membuatkan ia agak berat untuk sebuah mountain bike, ia masih cukup ringan untuk sebuah e-bike.

GALERI:

Google ads
Back to top button