Artikel Pilihan

EKSPEDISI EVEREST – BUKTI KENDERAAN TOYOTA PALING LASAK DI MUKABUMI  

Projek mega Toyota yang dinamakan Toyota EverTest kini telah berjaya. Selama tiga bulan bermula April hingga Jun 2016, satu ekspedisi yang menggabungkan keberanian para pendaki telah berjaya mencabar gunung tertinggi di dunia.

Apa kaitannya dengan Toyota? Ia melibatkan kenderaab 4X4 paling lasak Land Cruiser 200 dan Land Cruiser Prado. Kedua kenderaan ini telah teruji berjaya mengharungi laluan sepanjang 15,250 kilometer dengan keadaan jalan dan ketinggian yang ekstrim.

Ia merupakan kenderaan sokongan yang diperlukan konvoi pergi dan balik tanpa gagal. Semua anggota rombongan berjaya mencapai matlamat bila mereka berjaya mendaki ke puncak gunung Everest, gunung tertinggi dari paras laut 8,848 meter di dunia .

toyota everest (5)

Menurut Tatiana Halyavskaya Pengarah Jabatan Pemasaran, Toyota Motor Russia, Toyota akan sentiasa memilih projek yang akan mencabar batasan manusia dan kenderaan mereka. Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran untuk menguji ketahanan kenderaan mereka ke tahap yang optima. Ya lah, dah nama Toyota, takkan nak test KL-Port Dickson je kot, yang tu, Tiara pun boleh buat.

Perjalanan untuk ke puncak sebenarnya lebih jauh berbanding pendakian sebenar. Justeru itu para pendaki perlu memilih kenderaan yang paling sesuai untuk menjimatkan masa dan tenaga. Toyota Land Cruiser 200 dan Land Cruiser Prado tanpa sebarang pengubahsuaian telah dipilih untuk membawa para pendaki ke base camp utara Everest. Satu perjalanan yang merangkumi 12,000 kilometer jalan berliku merentasi Russia, Mongolia dan China.

toyota everest (3)

Ekspedisi ini bermula 7,000 kilometer daripada base camp Everest. Perjalanan ke kaki gunung Everest meliputi laluan berbukit yang berliku dan mencapai altitud setinggi 5200 meter. Keadaan permukaan jalan pula penuh dengan serpihan batu bukit.

Perancang laluan kenderaan ekspedisi ini, Alexei Mochalov menyatakan, perjalanan bermula di Ulan-Ude, Russia merentasi dataran berumput dan bertingkat ke Ulan Bator. Pada bulan Mac, laluan ini cukup berlumpur. Mereka juga perlu merentasi tiga jambatan ais dan seperti dijangka kedua-dua Land Cruiser berjaya mengharungi laluan ini dengan eksyennya.

toyota everest (2)

Denis Provalov, salah seorang pendaki yang juga pemegang Rekod Guiness kerana berjaya menakluk kemuncak Everest sebanyak dua kali berkata,

“Anda harus berlatih secukupnya. Sebelum mendaki Everest anda harus menakluk gunung-gunung lain sebanyak mungkin. Tetapi itu belum bermakna anda akan berjaya sampai ke kemuncak Everest, dan tiada jaminan yang anda akan selamat. Belajar untuk berpatah balik dan pilih peluang terbaik.”

“Kalau setakat selfie atas bukit Broga bak jangan riak sangat” – ok yang ni ulasan daripada Abang Japar.

toyota everest (1)

Alexander Abramov, Presiden 7 Peaks Club, dan juga pemegang rekod menakluk Everest sebanyak 7 kali berkata, “Kenderaan yang baik adalah amat penting. Kami turun ke bawah sebanyak empat kali untuk proses menyesuaikan diri dengan keadaan ketinggian dan suhu yang melampau. Dalam ekspedisi terdahulu kami cuma mampu turun sekali. Kini dengan bantuan Land Cruiser kami boleh turun dan mendapat peluang tidur yang secukupnya. Ini bukannya mudah. Kami mesti memandu sejauh 50 kilometer bagi menghilangkan 1 kilometer tekanan ketinggian yang kami daki. Ini penting bagi memastikan sistem tubuh manusia kekal stabil.”

Selain daripada itu, ketua ekspedisi mesti memahami yang bukan semua pendaki bersedia untuk menakluk puncak Everest dan mesti menahan mereka atas faktor keselamatan. Ramai pendaki tidak mahu berhenti dan mengakibatkan mereka kehilangan nyawa. Everest memang menggamit pendaki datang menakluk puncaknya tetapi ramai yang hanya mampu menelan ego masing-masing.

toyota everest (6)

Sebaik kembali ke Moscow, kedua-dua Toyota Land Cruiser 200 dan Land Cruiser Prado telah diberi ujian diagnostik sepenuhnya di pusat servis Toyota. Walaupun telah digunakan dalam keadaan mukabumi yang ekstrim pada ketinggian yang mencapai 5,374 meter dari paras laut. Keduanya didapati masih dalam keadaan baik bagi kenderaan yang telah mengharungi belasan ribu kilometer perjalanan. Tidak ada apa-apa pembaikian diperlukan kecuali menukar komponen-komponen yang telah haus seperti pad brek.

Aah. Dia belum tengok macamana Myvi kita masuk sawah, sondol hillux, racing di highway lagi agaknya.

Google ads
Back to top button