EUROPEAN CAR OF THE YEAR – SEJARAH YANG BERMULA SEMENJAK TAHUN 1964 LAGI

SHARE

Dalam dunia automotifEuropean Car of the Year adalah anugerah yang sememangnya diidamkan oleh kesemua pengeluar kereta. Persaingannya telah bermula semenjak tahun 1964 lagi. Satu anugerah yang cukup lama dan prestijnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

BACA : PEUGEOT 3008 DINOBAT SEBAGAI EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2017

BACA : KERETA MANA AKAN MEMENANGI PERINGKAT AKHIR ANUGERAH ‘CAR OF THE YEAR 2018’ (COTY)?

Anugerah ini dianjurkan oleh majalah daripada Auto (Itali), Autocar (UK), Autopista (Spain), Autovisie (Belanda), L’Automobile Magazine (Perancis), Stern (Jerman) dan Vi Bilägare (Sweden). Pememangnya dipilih daripada hasil pengundian kalangan penulis majalah di serata Eropah.

Menariknya mengenai Europeon Car of the Year ini, ianya tidak mempunyai sebarang kategori tertentu untuk bertanding. Matlamatnya hanya satu, untuk mencari pemenang sejati di kalangan yang kereta yang masuk bertanding. Tahun sudah, Peugeot 3008 berjaya merangkul anugerah ini.

Seramai 60 orang juri telah terpilih untuk menganggotai barisan jemaah juri yang telah menjalankan pandu uji terhadap kereta yang bertanding. Kemudiannya kereta ini akan diadili berdasarkan kriteria seperti rekabentuk, keselesaan, keselamatan, ekonomikal, pengendalian, prestasi, praktikaliti, aspek alam sekitarm kepuasan pemanduan dan juga harga.

Dari segi teknikal pula, mana-mana yang ingin bertanding haruslah kereta yang baharu dalam tempoh 12 bulan yang ditetapkan, bukan hanya sekadar model facelift dan kereta tersebut mestilah kereta bersifat global ataupun boleh didapati setidaknya di lima buah negara Eropah.

Nampak macam mudah, pandu uji dan bagi sahaja markah. Tapi bila dah dihidangkan dengan senarai kereta yang masuk bertanding seperti  Alpine A110,  Hyundai Nexo,  Lynk & Co 01, mahupun  Volvo V60. Oh ya, senarai yang dinamakan ini adalah merupakan calon-calon bagi tahun 2019 nanti.

Untuk tahun 2018 ini, pemenangnya telah dinobatkan kepada Volvo XC40 dengan memperolehi 325 mata, meninggalkan Seat Ibiza dengan 242 mata di tempat kedua. Agak jauh juga perbezaan mata.

Kita cuba imbas sedikit permulaan anugerah ini, ketika pertama kali ianya dianjurkan, pemenangnya adalah Rover 2000, sedan keluaran UK yang berjaya menewaskan Mercedes-Benz 600, sedan mewah di tempat kedua.

Tahukah anda bahawa Renault Clio (1991 & 2006), Volkswagen Golf (1992 & 2013), Opel Astra (1985 & 2016) adalah kereta yang pernah memenangi sebanyak dua kali untuk anugerah ini.

Dan tahukah anda juga bahawa Nissan Leaf adalah kereta elektrik pertama yang berjaya memenangi anugerah ini pada tahun 2011. Menariknya, pada tahun berikutnya Chevrolet Volt turut berjaya memenangi  European Car of the Year. Kiranya kereta elektrik pun sebenarnya layak juga untuk muncul sebagai kereta terbaik Eropah. Kenapa tidak kan?

 

 

Share this post

scroll to top