Artikel Pilihan

FAW SENIA R9 – LAWA JUGA KAN SEBENARNYA SUV CHINA NI?

Orang kita ini ada stigma yang diturun temurunkan semenjak dahulu lagi. Bahawasanya produk / kenderaraan berasal  dari China ini tak lawalah, kualiti rendahlah, itulah, inilah dan pelbagai lagi tok nenek kata cacian dan nista yang dilemparkan. Tapi jauh di sudut hati kita, entah beberapa kali kita dok belek / tenung tanpa berkelip mata sekali pun kan?

BACA : HAVAL F7 – SUV TERBAHARU UNTUK PASARAN CHINA

BACA : SWM G01 – SUV CHINA YANG TAK NAMPAK MACAM CHINA LANGSUNG!

Nah, memandangkan sekarang ini ramai orang tengah hangat memperkatakan tentang SUV pertama Proton, X70 yang berasal dari Tanah Besar China, suka untuk Brader Karrager kongsikan sebuah lagi model SUV buatan China yang sungguh sedap mata memandang, FAW Senia R9. Dah bunyi macam model telefon pintar pula gayanya.

SUV milik FAW, sebuah perusahaan otomobil milik kerajaan China semenjak tahun 1953 adalah merupakan model kemegahan dalam rangkaian SUV yang mereka ada. Senia R9 ini mula membuat debut sewaktu Beijing Auto Show pada April lalu.

Rupa bahagian hadapan Senia R9 jelas menampilkan rupa yang nyata terutamanya di bahagian gril yang menampilkan konsep Starry Sky (terjemahan: bintang – bintang di langit menghiasi angkasa tinggi di atas sana seperti mutiara) lengkap dengan elemen teknologi canggih apabila lampu LED turut digunakan untuk lampu utama. Dan kalau dilihat pada rupa luaran, memang nampak luas dan besar. Jarak titik roda Senia R9 ini adalah 2700 mm. (Lebih panjang 30 mm berbanding Proton X70).

Dengan titik roda sejauh itu, sudah tentu ruang dalamannya menjanjikan keluasan dan keselesaan yang bukan kepalang untuk sebuah SUV. Malah ianya turut mempunyai sejumlah 36 ruangan untuk menyimpan barangan. Manakala, bumbung panorama yang tersedia menyerlahkan lagi ciri – ciri mewah yang ada pada Senia R9. Penggunaan skin sesentuh bersaiz 8 inci bagi sistem hiburan kini dianggap perkara biasa bagi sebuah kenderaan keluaran China. Begitu juga dengan tempat duduk yang dibalut kulit jenis premium.

Dari segi keselamatan, ianya juga tidak berkompromi langsung. Namakan sahaja, semua ada. Daripada Advanced Driver Assistant System (ADAS), Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW), Driver Status Monitor (DSM), ABS, EBA, HAC, HDC, TMPS serta ESP versi Bosch 9.3. Maka tidak hairanlah ianya mampu mencapai penarafan 5 Bintang untuk C-NCAP.

 

Manakala penggunaan 360′ Panorama Driver Parking System pasti dapat membantu sang Pemandu bagi mengelakkan Senia R9 ini tercium dengan tiang atau bucu tembok. Untuk keselesaan si kecil juga tidak dipandang remeh apabila mempunyai kadar NVH  50 sahaja. Pasti nyenyak lena sepanjang perjalanan tanpa diganggu bunyi bising dari luar. Apatah lagi ditambah dengan penggunaan Air Purifier yang melepaskan udara bersih dan segar yang turut tersedia pada Senia R9 ini.

Jadinya, untuk sebuah SUV yang kelihatan hebat cantik di luar mahu pun di dalam, berapakah harga yang sepatutnya ditawarkan kepada rakyat China sekalian? Ianya berada pada aras harga 83,900 hingga 125,900 Yuan (RM50,825 – RM76,268). Mahal ke murah sebenarnya ni?

 

Google ads

B K

Back to top button