FIAT 500L – WAGON KIUT UNTUK MAK – MAK

SHARE

Model Fiat 500 ini sememangnya agak sinonim dengan bayangan sebuah kereta kecil yang kiut tetapi cukup lincah. Ianya dianggap sebagai sebuah kereta yang cukup ikonik bagi pembuat kereta dari Itali ini.

BACA : FIAT 500 STAR WARS

BACA : FIAT MULTIPLA DAN SEJARAHNYA

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tapi cuba bayangkan, daripada sebuah kereta yang kelihatan macam comel je, macam cantik je, tiba – tiba berubah karektor kepada sebuah mode pengangkutan keluarga tapi dalam masa yang masa masih mengekalkan sifat kecomelan. Memperkenalkan model Fiat 500L Wagon. Sebuah wagon keluarga yang comel tapi cukup praktikal.

Memandangkan taraf ke-popular-an model 500 ini persada Itali dan dunia, maka versatiliti model turut diangkat untuk dijadikan sebuah wagon. Jelas dilihat bahagian hadapan model ini agak identikal dengan Fiat 500 generasi terbaharu ini terutamanya melalui lampu utama yang tak berapa nak bulat itu.

Sebetulnya model ini turut mempunyai sebuah lagi kembar tapi dengan lima tempat duduk sahajalah. Model yang Brader Karrager ketengahkan ini mempunyai tujuh tempat duduk. Cukup selesa untuk mengangkut sejumlah ahli keluarga dan juga barang muatan.

Oh ya, selain daripada model Wagon, Fiat 500L ini turut ditawarkan dengan varian Urban dan juga Cross.

Fiat 500L Wagon ini mempunyai beberapa pilihan enjin untuk dipilih antara 1.4 T-Jet (120 HP), 1.3 Multi-Jet (95 HP), 1.6 Multi-Jet (120 HP), dan juga 1.3 Multi-Jet Dualogic (95 HP). Nampak macam lemau sikit untuk pilihan enjinnya. Tapi kena ingat semula fungsi asal Fiat 500L Wagon ini dihasilkan. Ianya langsung tidak bertujuan untuk memecut laju sambil bagi high beam atas lebuhraya serupa orang sakit otak.

Untuk memastikan ianya mampu menjalankan tugas sebagai sebuah Wagon yang sempurna, sudah tentu ruang kargo yang luas adalah merupakan ciri utama. Sekiranya semua kerusi masih berfungsi untuk mengisi penumpang, ruang boot di belakang adalah 416 liter. Masih dikira luas. Tapi kalau masih tidak berpuas hati, tumbangkan sahaja kerusi di belakang. Boleh dapat 1748 liter. Nak terlentang di bahagian belakang pun tak ada siapa nak marah.

Walaupun tampil dengan imej yang kiut, namun model yang dipasangkan di Serbia ini tidak mengabaikan ciri / kelengkapan yang moden dan canggih. Daripada enam beg udara, bumbung panorama, skrin sesentuh 7 inci dengan Android, Apple Car Play, sehinggalah kepada Autonomous City Brake System. Cukup menawan sebenarnya untuk dipandu oleh Mak – Mak mahu pun Si Ayah yang inginkan sebuah kenderaan yang versatil.

Share this post

scroll to top