FORMULA 4 SEA : APA YANG PATUT ANDA KETAHUI

SHARE

Perlumbaan satu tempat tempat duduk sememangnya menjadi idaman buat mana – mana pelumba di litar. Impiannya cuma satu. Formula 1. Di benua Eropah, mereka mempunyai struktur perlumbaan satu tempat duduk yang agak bagus juga.

Cuma di rantau kita, ianya agak bercelaru juga. Mujurlah bekas pelumba F1, Gerhard Berger yang juga merupakan FIA Singleseater Commission telah melancar siri F4 pada 2013 sebagai batu loncatan untuk pelumba muda melangkah ke arah perlumbaan F1. Sudah tentu, apabila berlumbaan ini diiktiraf oleh FIA, maka segala kos – kos yang berkaitan telah dikawal seminima mungkin.

Setiap kereta yang menyertain tidak boleh melebihi kos yang ditetapkan –
€30,000 (RM 138,309) dan untuk satu musim penuh kos penyertaan yang dibenarkan adalah tidak melebihi € 100,000 (RM 461,031). Bagi kejohanan Formula 4 SEA ini, ianya telah dimulakan semenjak tahun 2016 lagi.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Untuk chasis kereta lumba, penganjur memilih pakar pembuat kereta lumba satu tempat duduk dari Perancis, Mygale. Formula 4 SEA ini menggunakan model daripada, Mygale M14-F4. Barangkali, bagi musim perlumbaan 2019 ini, model yang digunakan sudah sedikit lapuk.

Tapi apa ada hal, kereta yang menggunakan enjin daripada Renault bersesaran 1.6 liter ini masih lagi cukup tangkas dan laju untuk beraksi di litar. Apatah lagi ianya dipandu oleh anak muda seusia 15 tahun sehingga 19 tahun. Memang jenis tekan pedal minyak sambil berdiri. Sikit tak ingat ke tembok penghadang.

Uniknya perlumbaan Formula 4 SEA ini, setiap pelumba mempunyai akses data terhadap setiap pelumba yang bertanding. Berlumba dengan konsep tiada rahsia antara kita. Kalau kau laju, maka pelumba yang lain boleh mengetahui dengan mudah rahsia di sektor mana kah kelajuan yang mampu kau capai.

Dan mengapa ianya tidak langsung menjadi rahsia sudah tentulah disebabkan hanya ada satu pasukan sahaja yang beraksi dalam saingan Formula 4 SEA ini; Meritus GP.

Bila mana berlumba dalam satu pasukan, maka sudah tentu skil pemanduan yang handal sahaja mampu menjadi faktor utama mengapa seseorang pelumba itu layak diangkat sebagai juara.

Untuk rekod, sepanjang 3 musim perlumbaan, juaranya adalah pelumba dari luar (Presles Martono – Indonesia, Daniel Cao – China & Alessandro Ghiretti – Perancis). Barangkali ada yang bertanya di manakah pelumba dari Malaysia?

Musim 2018, ada kelibat dua orang pelumba yang tampak agak menyerlah juga. Muizz Musyaffa adalah pemenang di tempat ketiga keseluruhan. Dan seorang lagi adalah Alister Yoong yang berada di tempat keempat keseluruhan. Macam kenal pula nama Yoong ini kan?

Tapi itulah. Handal macam mana sekali pun nak masuk ke F1 ini bukannya mudah. Kebanyakkannya berkaitan dengan duit, duit, dan duit. Bakat jatuh nombor empat.

Kredit Foto : FB Formula 4 SEA

BACA : hPELUANG TERAKHIR SAKSIKAN PERLUMBAAN FORMULA 4 SEMPENA F1 DI SEPANG

BACA : LUCAS DI GRASSI JUARA FORMULA E MUSIM 2016/17

Share this post

scroll to top