GREAT WALL HAVAL H3 Pi – LIMO SUV MADE IN CHINA

SHARE

Sekali imbas, tengok lain macam pula limo versi SUV milik Great Wall ini. Nampak tegap, sasa, lasak dan mewah. Ternyata, itu antara gambaran yang sewajarnya seandainya pertama kali melihatkan Great Wall Haval H3.

BACA : PREBIU SUV SAIZ GERGASI HAVAL H9 DI MAI AUTOSHOW

BACA : TRAK PIKAP LIMO TOYOTA TUNDRASINE

Sebenarnya ini bukanlah model SUV baharu milik Great Wall. Model asal ini telah berada di pasaran bermula tahun 2005 lagi sebelum ditamatkan pengeluarannya pada  tahun 2012. SUV bersaiz sederhana ini bukanlah calang-calang iya adik ‘akak’ sekalian.

Model ini adalah yang pertama kalinya dieksport secara berskala besar d ipasaran Eropah pada tahun 2006. Sebanyak 30,000 unit H3 ini dibawa masuk ke Itali. Ternyata, Great Wall cuba bermain dengan sentimen harga murah bagi menarik perhatian pembeli. Walaupun murah, namun secara asasnya Haval H3 ini masih kelihatan mahal.

Dan sebagai simbolik kepada imej mewah Haval H3 ini, Great Wall telah membuat kerja gila apabila memutuskan agar model ini dijadikan sebagai model limosin mereka. Nampak macam panjang sebab ianya benar-benar panjang. Panjang keseluruhan limo ini adalah 6.87 meter.

Model limo yang diberikan nama Haval H3 Pi ini mula membuat debut pada tahun 2006 ketika Guangzhou Auto Show. Dan sudah tentulah, limo SUV ini mampu menarik perhatian golongan penyedia perkhidmatan kereta sewa, terutamanya bagi kegunaan majlis resepsi golongan ‘ada-ada’ di China. Dengan harga lebih kurang 300,000 Yuan (RM179,083), ianya sudah boleh dimiliki oleh sesiapa yang berkenan.

Bagi menarik badan limo SUV yang bersaiz Mid Valley Megamall, penggunaan nadinya diharapkan kepada enjin milik Mitsubishi, 4G64 2.4 liter. Dipadankan pula dengan kotak gear manual lima kelajuan. Kodi juga pakai manual ini sebenarnya. Tapi mengetahui pasaran China bagaimana, sudah tentu Great Wall tiada masalah langsung untuk tidak meggunakan kotak gear automatik.

Konfigurasi tempat duduknya boleh dipilih sewaktu ingin memesan limo ini, sama ada inginkan lima tempat duduk atau pun sembilan tempat duduk. Tapi jadah apa tempat duduk banyak-banyak serupa bas persiaran kan?

Sebagai salah satu strategi perniagaan dan menjaga hubungan diplomatik di antara kedua negara, sebuah Great Wall Haval H3 Pi ini telah dihadiahkan kepada Preside Cuba, Fidel Castro pada tahun 2006. Dan hasilnya, Great Wall agak berjaya juga dalam kelangsungan perniagaan di Cuba terutamanya dalam segmen penjualan pikap. Sudah tentu balik modal juga limo tadi.

Hmm, tak ada mana-mana kah pengeluar Limo nak hadiahkan barang sebiji limo kepada kita kan?

Share this post

scroll to top