HONDA NSX -BAGAIMANA IA BERMULA? APAKAH MAKSUD ASAL N.S.X?

SHARE

Sebelum dipindahkan pembangunan generasi keduanya di Amerika Syarikat, Honda NSX model pertama merupakan “janji” Jepun kepada dunia.

“Lihatlah, kami mampu bina kereta sports yang lebih mampu milik”, kata Honda kepada dunia.

2003 Acura NSX.

2003 Acura NSX.

BACA: NSX GT BAKAL BERENTAP DI SUPERGT 2017

BACA: TAK JADI SAMAN FERRARI, NSX LEBIH BAGUS

Asal-usul NSX sebenarnya bermula sejak awal dekad 80-an lagi. Ekonomi Jepun yang berkembang pesat membolehkan mereka melabur dan terus melabur dalam sektor automotifnya. Honda telah mula mendapat ilham menghasilkan model kereta sport mereka seawal idea dari Honda CITY.

Kemudian, idea ini dipindahkan kepada Honda CR-X dan keterlibatan Honda dalam sukan Formula Satu malah imej Acura di Amerika mendesak supaya kereta sports dibina lebih cepat. Mereka perlu sesuatu yang benar-benar tinggi martabatnya berbanding kereta Jepun yang lain.

Pada 1985, Honda mula membangunkan NSX dan tahukah anda asalnya ia menggunakan enjin 4 selinder 2 liter? Ia kemudiannya digabungkan dengan badan aluminium yang lebih kecil.

Namun rekabentuk asal dilebarkan kepada saiz kereta sport sebenar dan enjin V6 lebih besar. Ini adalah fakta yang penting kerana pasaran Amerika amat sensitif tentang saiz.

honda-nsx

Walaupun ada kod pengeluaran sendiri, ternyata Honda mahu menggunakan nama kod yang tidak akan melambangkan Jepun. Nama NS sudah ada iaitu “New” “Sports” dan mereka memilih abjad terakhir X. Maksudnya? Ia tiada maksud. X – bermaksud tidak tahu

“Sebuah Kereta Sports Baru yang tidak diketahui” – cantik susunannya. Dan itulah asal-usul nama NSX digunapakai hingga ke generasi sekarang.

Namun bagi model baru, NSX membawa maksud lebih mendalam. Ia singkatan “New”, “Sportscar” “eXperimental”.

Pun begitu, model baru ini juga hampir sama sejarah dengan model pertama. NSX generasi kedua ini telah dirancang seawal tahun 2005. Asalnya ia hendak dipasangkan dengan enjin V10 untuk menyambung kegemilangan NSX ori.

BACA: KERETA SPORT JEPUN 90-AN LEJEN

BACA: SUBARU 360 DINOBATKAN WARISAN SEJARAH

Namun kegawatan ekonomi pada 2008 menyebabkan projek ini tertangguh. Apabila dilaraskan semula, pasukan jurutera tertakluk pada keperluan alam sekitar maka lahirlah enjin yang lebih kecil bersama motor hybrid.

Apapun NSX tetap champion!

 

 

(Visited 1,787 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top