IKLAN LUCU BMW M4 – KERETA SUKAN YANG TAK SELESA UNTUK MERTUA ANDA

SHARE

Kereta sports atau prestasi tinggi tidak pernah direka untuk keselesaan. Tidak wujud sebuah kereta di dunia ini yang sedap meratah selekoh dan dalam masa yang sama boleh bawa keluarga anda berjalan bercuti di Port Dickson.

BMW juga tidak segan silu memberitahu orang awam bahawa siri M mereka bukan direka untuk membawa orang tua. Dengan kerusi bucket yang rendah, roll cage dan suspensi sekeras kereta perlumbaan touring, ia bukanlah sebuah kereta coupe hujung minggu untuk keluarga.

Motifnya?

Jika mahu selesa, sila beli 3 siries pekak atau 5 siries disel atau SUV X siries misalnya yang ada banyak pilihan. BMW M4 GTS ialah sebuah kereta prestasi siri M yang serius. Ia ibarat sebuah kereta lumba yang diberi cukai jalan. ASnda tentu taknak bawak mak dalam kereta trek keropok kan?

BACA: RECALL BMW, PINTU TERBUKA TIBA-TIBA

M4 bukanlah sebuah kereta biasa pun. Ia sebuah coupe yang menerima suntikan M yang mampu menjadikan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.8 saat sahaja. Enjinnya berkuasa 460 kuasa kuda dan kelajuan maksimumnya ialah 305km/j disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear berkembar tujuh kelajuan M DCT.

Di Nurburgring, Ia lebih pantas dari sebuah Ferrari 458 Italia dan Mclaren MP4-12C. Salah satu rahsia kepantasan M4 GTS ini ialah badannya yang ringan. Ia cuma seberat 1,500 kilogram dan dilengkapkan dengan bahan bertaraf perlumbaan – ringan dan kukuh seperti hud hadapan, spoiler belakang, bumbung yang semuanya diperbuat dari CFRP (Carbon Fibre Reinforce Plastic).

Menjadikannya lebih padu ialah sepasang kerusi gentian karbon di hadapan dan juga suspensi sisi M. Breknya diperbuat dari karbon seramik dan juga peredam bunyi diperbuat titanium.

 

(Visited 3,018 times, 34 visits today)

Share this post

scroll to top