Artikel Pilihan

INILAH 10 KERETA FERRARI PALING BURUK PERNAH DIREKA

Ferrari merupakan pengeluar supercar ikonik yang selalu dikaitkan dengan kereta sports, emosi, gaya eksotik dan kelajuan. Ini terbukti dengan kehebatan mereka dalam mengeluarkan model-model perlumbaan dan model kegunaan jalan raya biasa. Bukan itu sahaja mereka juga telah mengeluarkan berdozen kereta hebat dengan rupa paras yang menawan. Tapi harus diingat yang pokok yang subur belum tentu menghasilkan buah yang manis. Ferrari tidak terkecuali dan ini antara model-model paling buruk pernah direka mereka. Syukurlah ia cuma wujud sebagai model konsep dan tidak pernah diproduksi.

Pinifarina Sergio

Kita mulakan dengan model Sergio dari Pininfarina. Ia dinamakan sempena dengan nama Sergio Pininfarina dan dihasilkan setahun selepas kematian beliau. Ia diasaskan daripada model Ferrari 458 tapi sekali imbas ramai yang tertanya-tanya mana hadapan mana belakang kereta ni kerana ia tidak mempunyai cermin hadapan.

Beberapa ciri diambil daripada Ferrari Dino 1965 tetapi ia masih kelihatan pelik. Enam unit dihasilkan dan semuanya yelah dijual dalam tahun 2015. Ia juga telah dilengkapkan dengan cermin hadapan tetapi ia masih tidak mengubah rupa parasnya yang pelik.

Ferrari Mythos

Diasaskan daripada model Testarossa, Ferrari Mythos adalah datu lagi model Pininfarina yang mencetuskan perdebatan bila ia didedahkan kepada umum. Ia lebih aerodinamik dari Testarossa asal tetapi bukannya bermakna ia lebih anggun. Ternyata nilai estetika Testarossa asal lebih menyerlah.

Nasib baik Mythos tidak pernah dihasilkan tetapi ia telah berevolusi kepada Ferrari F50 yang jauh lebuh anggun walaupun ia tidak mempunyai aura sehebat F40 yang digantikannya.

Ferrari F150 Tensostruttura

Sama seperti Mythos yang berkembang lebih anggun selepas menjadi F50, F150 Tensostruttura juga menjadi sekali ganda lebih cantik bila ia berevolusi menjadi LaFerrari. Rekaannya lebih kepada model dari siri kartun kanak-kanak berbanding sebuah Ferrari tetapi kemudiannya menjadi semakin matang dan cantik dengan bertukar menjadi sebuah LaFerrari.

Peter Simon Ferrari Enzo

Peter Simon merupakan seorang pereka yang menempa nama bila berjaya menghasilkan rekaan ‘E-Bone’ pada rangkaian bas kegunaan di bandar-bandar. Tapi entah bagaimana beliau boleh terlintas untuk mereka kembali Ferrari Enzo sekaligus menyebabkan ia bertukar kepada sebuah model yang sangat ‘buruk’. Ia merupakan imaginasi Simon tentang Enzo generasi baru tetapi gagal teruk.

Walaupun mempunyai logo Ferrari, syarikat Itali itu tidak mahu mempunyai perkaitan langsung dengan model ini jauh sekali mengeluarkannya ke pasaran. Mula-mula rasa kesian tapi bila tengok hasilnya memang patut pun Ferrari reject awal-awal. Rasa nak mencarut pun ada bila tengok.

BACA: FERRARI TANPA CUKAI JALAN 10 TAHUN DITAHAN DALAM SATU OPERASI

Ferrari 308 GT Rainbow

Menurut Ferrari, model 458 Spider merupakan kereta enjin tengah dengan bumbung boleh buka yang pertama. Namun sebenarnya 308 GT Rainbow merupakan model pertama seumpamanya dan dihasilkan pada tahun 1976 dengan kepulangan Bertone ke Ferrari selepas berpisah selama 15 tahun.

Rekaannya langsung tidak sama dengan Ferrari dan mempunyai sedikit elemen DeLorean membuatkan ianya pelik. Lagi sekali lafazkan syukur kerana ia tidak diproduksikan dan menyakitkan mata-mata yang memandang.

Ferrari 512S Modulo

Mana yang pernah main kad Top Trump dulu mesti kenal dengan kereta ni. Kereta rekaan Paolo Martin ini memang kelihatan cool dari satu sudut. Dilihat dari sudut berbeza ia lebih kepada kapal angkasa sebenarnya. Walaupun kelihatan pelik ia sebenarnya sebuah konsep yang berfungsi dengan enjin V12 550 hp yang membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 354 km/j pada tahun 1970!

Zobin Concept

Namanya pun dah cukup kelakar, Zobin.  Model satu tempat duduk ini merupakan hasil ilham Siamak Dehkordi seorang pereka dari Iran. Yang kelakarnya ialah ia seolah-olah kacukan kereta F1 dengan bahagian belakang kereta biasa. Cukup kompak tapi rasanya lain kali Ferrari kena kekalkan khidmat pereka professional yang lebih memahami produk mereka.

Ferrari Pinin

Ini mungkin merupakan satu idea untuk mengeluarkan sebuah model sedan dari Maranello. Dari satu sudut ia kelihatan seperti gabungan Aston Martin Lagonda dan Mercedes-Benz. Patutlah namanya pun bunyi macam pening sikit-sikit kan? Siapa sangka ia sebenarnya dihasilkan oleh Pininfarina. Sedan 4-pintu ini mempunyai enjin V12 4.8-liter di bahagian hadapan dan kotak gear manual 5-kelajuan. Idea untuk model ini bagaimanapun dibatalkan kerana ia tidak menepati ciri pemanduan yang sepatutnya ada pada sebuah Ferrari.

Testa d’Oro Colani

Ini satu lagi contoh model yang tidak diluluskan oleh bos-bos Ferrari. Ia direka dan dihasilkan oleh Luigi Colani seorang pereka dan professor dari Jerman. Ia diasaskan daripada Ferrari Testarossa dengan tujuan untuk memecahkan rekod kelajuan. Tapi kalau tengok pada gaya rasanya boleh jual ke Ferrari dengan rupa macam ni?

Ferrrari 512 S Berlinetta Speciale

Pininfarina memang mempunyai pengaruh yang besar dari segi rekaan model konsep Ferrari. 512 S Berlinetta Speciale merupakan satu lagi contoh rekaan mereka. Ia merupakan hasil lakaran Fillipo Sapino dan merupakan Ferrari pertama yang menggunakan rekaan wedge yang popular satu ketika dahulu.

Namanya juga sedikit mengelirukan kerana kereta ini cuma menggunakan enjin 3.0-liter 12 selinder dan bukannya 5.0-liter V12. Dengan rekaannya yang pelik ini memang patut pun ia kekal sebagai sebuah model konsep.

Kredit Carbuzz.com

Google ads
Back to top button