Artikel Pilihan

IONITY – JARINGAN STESEN PENGECAS BERKUASA TINGGI DILANCARKAN DI EROPAH

BMW Group, Daimler AG, Ford Motor Company dan Volkswagen Group termasuk Audi dan Porsche kini mengumumkan kerjasama dalam membangun dan merealisasikan rangkaian stesen pengecas berkuasa tinggi (HPC – High-Power Charging) untuk kenderaan elektrik sekitar Eropah.

Dianggarkan sebanyak 400 stesen HPC bakal diwujudkan di sekitar Eropah menjelang 2020. IONITY bakal membuatkan perjalanan jauh menjadi lebih mudah dan merupakan satu langkah penting untuk pengguna kenderaan elektrik.

IONITY berpusat di Munich, Jerman merupakan satu usahasama yang dipengerusikan oleh Michael Hajesch sebagai CEO dan Marcus Groll sebagai COO dengan dibantu oleh 50 orang kakitangan dan bakal beroperasi awal tahun hadapan.

Ini merupakan jaringan HPC Pan-European pertama dan mempunyai peranan yang amat penting dalam pemasaran kenderaan elektrik. IONITY akan membantu menyediakan khidmat pengecas pantas buat pengguna dan keupayaan pembayaran digital. Ia amat penting khususnya jika anda ingin membuat perjalanan jauh.

Sejumlah 20 stesen akan mula dibuka pada tahun ini juga untuk kegunaan awam di jalan-jalan utama sekitar Jerman, Austria dan Norway pada jarak selang 120 kilometer setiap satu. Buat permulaan ia merupakan gabungan usahasama dengan “Tank & Rast”, “Circle K” dan “OMV”. Menjelang tahun 2018, jaringan ini akan bertambah kepada 100  stesen dan setiap satunya mampu menyediakan khidmat pengecasan kepada sebilangan pengguna pada satu-satu masa.

BACA: SISTEM PENGECAS NISSAN INI MAMPU CAS PENUH EV DALAM MASA 2 JAM!

Dengan kapasiti pengecasan 350 kW untuk setiap soket pengecas akan membantu penggunan mengecas kenderaan mereka dengan lebih pantas. Pendekatan berasaskan jenama dan taburan cawangan seluruh Eropah dijangka membantu menarik perhatian lebih ramai pelanggan kepada kenderaan elektrik.

Pengasas kepada jaringan ini seperti BMW Group, Daimler AG, Ford Motor Company dan Volkswagen Group mempunyai pegangan yang sama rata dalam rancangan kerjasama kali ini. syarikat lain pula dijemput untuk membantu meluaskan lagi jaringan ini di kemudian hari.

Inilah satu langkah bijak dalam dunia elektromobiliti yang kian berkembang. Perjalanan jauh boleh dilakukan tanpa menjejaskan keselesaan pemandu dan juga penumpang.

Google ads
Back to top button