JATUH BANGUN RALLI DAKAR – PERLUMBAAN PALING MENCABAR DI DUNIA

SHARE

Dakar Rally juga dikenali sebelum ini dengan nama “Paris-Dakar Rally” merupakan perlumbaan acara tahunan rali lasak yang dianjurkan oleh Amaury Sport Organisation. Pada permulaannya, ia berlangsung sepanjang laluan dari Paris, Perancis sehingga ke Dakar, Senegal sejak diperkenalkan pada tahun 1978.

Acara ini bagaimanapun pernah dibatalkan sekali pada tahun 2008 berikutan ancaman keselamatan di Mauritania. Bermula 2009 lokasi rali ini telah dipindahkan ke Amerika Selatan kerana insiden tersebut.

Perlumbaan ini terbuka kepada peserta professional dan juga amatur, malah sebenarnya 80 peratus penyertaan merupakan peserta amatur.

BACA MASIHKAH ANDA INGAT CAMEL TROPHY?

BACA PERLUMBAAN PALING HURU-HARA DI JEPUN

Perlumbaan ini lebih kepada perlumbaan tahan lasak off-road. Keadaan mukabuminya juga jauh lebih mencabar daripada perlumbaan rali biasa, malah kenderaan yang digunakan juga merupakan kenderaan off-road sebenar dan bukannya dimodifikasi daripada kenderaan jalanan biasa.

Kebanyakan laluan khas merupakan laluan off-road merangkumi padang pasir dan bukit-bukit pasir, lumpur, padang rumput yang terbentang luas, laluan berbatu dan sebagainya. Jarak yang perlu ditempuh juga berbeza setiap hari, dari jalanan yang pendek sehinggalah mencecah jarak maksima 800-900 kilometer sehari. Ya. SEHARI.

dakar-rali

SEJARAH DAKAR RALLY

Perlumbaan ini bermula pada Disember 1978, setahun selepas Thierry Sabine tersesat jalan di padang pasir Tenere sewaktu berlumba dalam perlumbaan rali Abidjan-Nice. Melihat pada permukaan yang mencabar, memutuskan kawasan padang pasir merupakan lokasi yang sesuai untuk perlumbaan rali yang baru.

Sebanyak 182 buah kenderaan menyertai rali ini yang diadakan buat pertama kali tetapi cuma 74 yang berjaya menghabiskan perlumbaan. Dengan jarak keseluruhan 10,000 kilometer dari Paris ke Dakar ia bukanlah pertarungan yang mudah. Pemenang pertama perlumbaan ini ialah Cyril Neveu dengan menunggang motosikal Yamaha (masa ni Demak belum ada lagi).

Acara ini semakin popular dengan pertambahan jumlah penyertaan kepada 216 pada tahun 1980 dan meningkat lagi ke 291 pada tahun berikutnya. Tahun kedua masih lagi dimenangi oleh Neveu manakala tahun ketiga dimenangi oleh Hubert Auriol dengan menggunakan motosikal BMW R80G/S. Jumlah penyertaan semakin meningkat tahun demi tahun sehingga menarik perhatian ramai pelumba ternama dunia untuk menyertainya.

Mitsubishi mula menyertai perlumbaan ini pada tahun 1983 dan menjadi rakan sekutu Dakar sehingga 2009. Porsche turut menyertai Dakar pada tahun 1984 dan terus memenangi kategori kereta pada cubaan pertama mereka.

Pertambahan syarikat kereta berterusan pada tahun 1987 dengan kemasukan pengeluar kereta dari Perancis iaitu Peugeot. Mereka menampilkan bekas juara Rali Dunia, Ari Vatanen dan terus memenangi perlumbaan juga dalam tahun pertama penyertaan.

BACA KERETA KONSEP TERBAIK 2016

BACA MEMORI 90-AN KERETA SPORT DARI JEPUN

Tahun 1988 menyaksikan pertambahan jumlah penyertaan sehingga 603 peserta. Tahun tersebut juga merupakan tahun yang tragis buat Vatanen kerana jentera Peugeot beliau telah dicuri di Bamako. Walaupun ia berjaya ditemui tetapi beliau telah hilang kelayakan untuk berlumba dan kejuaraan tahun itu dimenangi oleh Juha Kankunnen yang merupakan rakan sepasukan beliau.

Vatanen dan Peugeot kembali memenangi perlumbaan Dakar pada tahun 1989 dan 1990 sebelum Peugeot membuat keputusan untuk berundur dari Dakar dan digantikan oleh sebuah lagi syarikat Perancis, Citroen.

Stephane Peterhansel - pelumba Rally Dakar paling lejen

Stephane Peterhansel – pelumba Rally Dakar paling lejen

Vatanen masih sukar dicabar dan muncul lagi sebagai pemenang pada tahun 1991. Pada tahun itu juga juara dunia Dakar paling terkenal, Stephane Peterhansel memenangi perlumbaan beliau yang pertama seterusnya mendominasi perlumbaan tahun demi tahun dan menjadi ikon rali Dakar.

Pemenang demi pemenang muncul dalam perlumbaan Dakar walaupun laluannya pernah diubah atas faktor keselamatan. Contohnya ialah perlumbaan ini pernah diadakan di Amerika Selatan pada tahun 2009 dengan 501 penyertaan.

Walaupun jumlah penyertaan pernah menurun namun ia naik kembali tahun demi tahun dan pernah mencapai rekod tertinggi sebanyak 688 penyertaan pada tahun 2005. Selain Mitsubishi, persaingan juga dimeriahkan dengan Volkswagen, Nissan dan banyak lagi untuk kategori 4×4. Yamaha, KTM dan BMW pula banyak mengungguli kategori motosikal.

kamaz-paris-dakar-rally

KENDERAAN DAN KATEGORI

Terdapat empat kelas ataupun kategori utama dalam perlumbaan Dakar seperti motosikal, quadbike (ATV), kereta (dari buggy sehinggalah ke SUV) dan trak. Hampir semua syarikat pengeluar kenderaan yang menyertai menggunakan perlumbaan Dakar sebagai medan untuk menguji kenderaan keluaran mereka ke tahap yang paling ekstrim.

Mitsubishi merupakan syrikat paling berjaya dalam kategori kereta diikuti oleh Volkswagen, Citroen, Peugeot dan Porsche. Pada masa kini peserta paling berjaya adalah daripada pasukan X-Raid Team yang menggunakan Mini.

Kategori trak pula didominasi oleh Kamaz, Iveco, MAN, Renault dan Tatra. Mercedes dan Hino juga pernah menjadi juara pada peringkat terdahulu perlumbaan.

rally-dakar-accident

INSIDEN TIDAK DIINGINI

Dakar merupakan perlumbaan lasak yang cukup mencabar dan tidak dapat dipisahkan daripada kemalangan. Baik dari kalangan peserta akibat tetapi juga di kalangan penduduk setempat akibat dirempuh kenderaan yang bertanding.

Jaraknya yang cukup jauh juga tidak memungkinkan pihak penganjur untuk memberikan pengawasan 100 peratus. Secara keseluruhan, dilaporkan 70 orang telah terkorban sepanjang pelumbaan Dakar diadakan di mana 28 orang daripadanya merupakan peserta perlumbaan. Selebihnya merupakan penduduk setempat yang berada berdekatan dengan laluan rali.

BACA HONDA NSX GT BAKAL BERENTAP DI SUPERGT 2017

BACA TIADA LAGI F1 SEPANG SELEPAS 2018

Jika anda peminat perlumbaan rali Dakar, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk mengikutinya kerana Dakar edisi 2017 sedang berlangsung di Amerika Selatan. Ia akan merentasi empat negara bermula di Paraguay dan akan berakhir di Buenos Aires, Argentina.

Ada sesiapa nak taja team mekanika?

 

 

(Visited 368 times, 39 visits today)

Share this post

scroll to top