Artikel Pilihan

JENAMA PREMIUM : GENESIS MOTORS SEDIA UNTUK BERSAING

Apabila bersembang jenama premium dalam bidang automotif, sudah tentu bagi kaum Bani Melayu BMW merupakan kiblat kepada segala jenis kereta mahal yang ada. Bayangkan, dalam MLM mahupun drama waktu Maghrib, BMW lah yang sering dieksploitasikan hingga melekat dalam kepala otak Bani Melayu itu tadi. Tapi tahukah bahawa Hyundai juga mempunyai cabang kereta premium sama seperti Infiniti dan Lexus yang dimiliki Nissan dan juga Toyota. Genesis adalah jawapan kepada persaingan bagi jenama premium ini.

BACA : GENESIS G90

BACA : HYUNDAI PERKENAL i30N – 271HP UNTUK MENENTANG CIVIC TYPE-R (DAN GOLF GTi)

Asalnya pihak Hyndai telahpun mengeluarkan Hyundai Genesis pada tahun 2008 bagi tujuan turut sama bertanding dalam liga jenama premium lagi mewah. Tapi, itulah. Stigma terhadap sesuatu jenama itu begitu kuat. Apatah lagi nak bersaing dalam pasaran luar. Rupa premium tetapi jenama biasa-biasa payah juga nak suruh CEO syarikat beli. Maka, pada tahun 2015 barulah Genesis dijadikan sebagai sebuah jenama premium dan mewah yang tersendiri.

Untuk menjadikan jenama Genesis sebagai sesuatu yang premium, maka sudah tentulah pelaburan yang besar juga diperlukan. Pelaburan dalam bentuk sumber manusia juga sebetulnya boleh membantu untuk menaikkan sesuatu jenama itu untuk jangka masa panjang. Bukan hanya sekadar buat iklan bayar mahal-mahal bubuh dalam surat khabar yang entahkan orang baca ke tidak entah. Untuk itu, Genesis telah melamar beberapa individu yang dirasakan layak untuk mengisi kerusi di Ibu Pejabat mereka di Seoul seperti Manfred Fitzgerald yang akan mengetuai Operasi Genesis Motors. Beliau sebelum ini merupakan bekas Pengarah Jenama dan Rekabentuk di Lamborghini.

Manakala Luc Donckerwolke yang sebelum ini merupakan bekas Pengarah Rekabentuk bagi Kumpulan Volkswagen turut dilamar bagi mengepalai Rekabentuk bagi Genesis Motors ini. Dan beliau akan dibantu oleh bekas perekabentuk Buggati Alexander Selipanov yang melaporkan terus kepada Ketuanya, Luc Donckerwolke. Dan tidak lupa juga Albert Biermann bekas Ketua bagi divisyen berprestasi BMW, M yang akan mengetuai hal ehwal talaan dan prestasi.

Model G90 yang dilancar pada November 2015 telah dijadikan sebagai flagship model disamping model G80. Selaku model utama sudah tentulah G90 ini sarat dengan pelbagai ciri-ciri mewah serta dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaik dunia yang patut ada pada sebuah kereta premium dan mewah. Untuk rekod, sejumlah 87,130 unit adalah angka jualan 2016 bagi jenama Genesis ini di seluruh dunia dengan 66,029 unit daripadanya adalah bersumberkan daripada bumi K-Pop itu sendiri. Ternyata, semangat ke-Korea-an tersangatlah kuat.

Menjelang tahun 2020, beberapa model telah dirancang untuk diproduksikan seperti Sedan Mewah, Sport Coupe dan juga dua SUV yang akan menjadikan enam model kesemuanya sebagai pilihan kepada CEO-CEO kelak. Bila pergi konvensyen antarabangsa, parkir pula sebelah BMW 7 series, barulah sedap main angkat-angkat kening. Iya tak?

Google ads

B K

Back to top button