JUAL KERETA SENDIRI LEBIH UNTUNG & 12 PROSES YANG BOLEH ANDA BUAT SENDIRI

SHARE

Bayangkan ahli keluarga anda akan bertambah, jika dulu hanya berdua bersama dengan isteri, kini anda mempunyai 3 ahli keluarga jika ada seorang anak atau 4 ahli keluarga kalau anda mendapat anak kembar. Pada masa ini, kita mula menyedari bahawa kita perlukan sebuah kereta pelbagai guna atau sebuah sedan yang lebih besar.

Kereta kompak anda sudah tidak sesuai untuk memikul tugas sebagai kenderaan utama. Solusinya ialah jual saja kereta lama dan “trade in” kepada kereta baru. Tapi jika mampu, pakai sahaja 2 kereta. Namun memiliki 2 buah kenderaan bukanlah satu pilihan yang baik sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan.

Itu baru seorang isteri, kalau dua, kalau tiga? Bayangkan ye. Hehehe

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Cara paling mudah ialah, anda menjual atau trade in kereta lama anda sewaktu membeli kereta baru dan berdoa agar penjual kereta membeli kereta lama anda dengan harga yang tinggi. Tapi proses ini boleh berakhir dengan 3 senario:

1- kereta anda berjaya dijual dengan harga yang tinggi kepada penjual kereta terpakai. Harga jualan melebihi hutang bank dan anda membuat untung beberapa ribu ringgit. Ini memang yang kita mahukan

2. Harga jualan sama dengan hutang bank. Cukup cukup untuk kambus hutang bank. Kiranya anda bernasib baik sebab tak perlu membayar balik kepada bank hutang kereta.

BACA: TIPS MEMANDU DI THAILAND YANG PERLU ANDA TAHU

3. Harga jualan kurang daripada hutang bank, maka anda ada hutang yang perlu dibayar pada pada bank. Dah la kereta dah dijual, kene tambah duit pada bank lagi. Ibarat tersalah undi YB, kene tipu manifesto. Eh tersasul pulak.

Jadi daripada kita menyerah kalah, baik kita usahakan untuk jual sendiri kereta kita. Jual pada pembeli terus, bukan pada syarikat kereta terpakai. Jika anda memiliki kenderaan jenama yang kukuh, sebenarnya amat mudah untuk kita menjual kereta lama dan mendapatkan sedikit keuntungan yang boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan kereta baru nanti

Jadi saya kongsikan 12 Langkah/proses untuk menjual kereta sendiri tanpa melalui proses trade in.

1. Semak harga pasaran
Cari anggaran harga pasaran semasa kereta anda, dan jadikan harga tersebut sebagai penanda aras harga jualan kereta. Biasanya kita boleh semak melalui pelbagai laman web, Carlist, Mudah, dan juga Motortrader. Ingat harga yang dipaparkan adalah “asking price”. Harga yang berjaya dijual mungkin rendah sedikit berbanding asking price. Setelah pasti, letakkan harga kereta anda untuk diiklankan dan berapa harga yang boleh diterima untuk dijual. Sebagai Contoh, iklankan kereta dalam RM20,000, sekiranya ada pembeli menawarkan RM18,500 itu sudah memadai. Manakala jurujual kereta terpakai hanya menawarkan RM15,000, maka pilihan untuk menjual sendiri adalah lebih baik.

2. Semak baki hutang
Setelah mengetahui harga pasaran, periksa hutang kereta dengan bank pembiaya. Pihak bank akan berikan satu amaun bayaran penuh jika hutang dibayar dengan segera, termasuk diskaun penyelesaian awal hutang. Katakan anda membayar kereta RM500 sebulan dan baki hutang ada 24bulan. Maka amaun full settlement akan lebih rendah berbanding RM12,000

3. Cuci Kereta Luar dalam
Seterusnya, Basuh kereta di bahagian luar, dalam dan enjin. Bila kereta dalam keadaan bersih, semua kecacatan cat, badan, dan enjin akan nampak dengan jelas. Kalau nak jual kereta dengan harga tinggi, hukumnya wajib baik pulih cat atau kemek dengan segera. Pembeli cerewet macam saya akan periksa ruang enjin, kalau nampak seperti berminyak atau kotor, saya tak akan beli kereta tersebut. Biasanya, bahagian bampar depan, bonet depan, bumbung, bonet belakang dan juga bahagian bampar belakang adalah bahagian yang biasanya perlu dicat semula. Pada masa ini perumpamaan mat saleh “Dont judge the book by its cover” tak terpakai. Kalau hal kebersihan pun pemilik tak ambil kisah, apatah lagi masalah kereta.

4. Polish atau Mengilap Kereta
Jika cat kereta masih dalam keadaan baik, belanjakan sedikit duit untuk proses polish atau mengilap. Biar kereta anda Nampak berseri. Ambil gambar semasa proses mengilap dibuat, jadikan gambar sebagai bahan bukti untuk rundingan proses jualan nanti. Lagi bersilau kereta, lagi senang untuk dijual.

5. Cuci Bahagian Dalaman
Hantar kereta ke kedai yang mencuci kusyen dan bahagian dalaman kereta. Cuci semua peta minda dan kesan comot atas kusyen. Jika teruk, cuci sekali bahagian karpet bawah dan juga carpet bumbung. Hasilnya kereta berbau wangi dan bersih. Semasa proses cucian ini, pasti ada penyewa haram seperti lipas akan keluar. Tapi lebih malang lagi sekiranya pembeli membatalkan pembelian jika terdapat lipas dalam kereta, walaupun diberi percuma.

6. Ambil Gambar
Gunakan kemahiran mengambil gambar dan edit gambar anda. Ambil gambar depan, belakang, sisi kiri, sisi kanan, gambar enjin, meter dan juga bahagian kerusi yang baru dibersihkan. Gambar tadi boleh digunakan untuk tujuan iklan di mudah.my, carlist atau Facebook Market Place. Jadi proses restorasi dan pembersihan kereta penting.

7. Service jika perlu
Langkah ni agak subjektif. Bergantung lada keadaan kereta. Sekiranya kereta masih ok dan baru diservis, maka abaikan langkah ini. Tapi kalau kereta telah dilenjan sehingga 200,000km sila minta mekanik periksa kereta, punca gegaran dan bunyi bising seperti:
a. pad brek
b. penyerap hentak dan mounting
c. absorber link
d. lower arm
e. cecair penyejuk radiator
f. pam air radiator
g. drive shaft
h. minyak pelincir kotak gear
i. brake caliper pin
j. cek sistem aircond

BACA: UBAT GIGI BOLEH KILATKAN LAMPU KERETA

Pastikan kereta bebas bunyi dan getaran, dan jadikan kereta sesenyap mungkin. Sesetengah pembeli amat sensitif dengan bunyi bunyi yang abnormal dari kereta. Pengalaman saya sendiri bila berdepan dengan bakal pembeli apabila terdengar bunyi bising dari brake caliper. Selepas pandu uji, prospek terus balik tanpa memberikan tawaran. Jadi jangan kedekut untuk kos servis.

8. Salinan Geran
Buat satu salinan geran VOC di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. Dengan bayaran hanya RM 50 sahaja, kita boleh dapatkan satu salinan geran bagi memudahkan urusan jual beli, urusan Puspakom dan juga penukaran nama dari penjual kepada pembeli

9. Lakukan Sesi pandu uji bersama bakal pembeli kereta di tempat cerah. Cari satu tempat awam yang cerah, bukan kawasan tersorok (ada risiko samun) dengan  laluan yang baik. Pastikan ada laluan dengan jalan berturap yang baik semasa pandu uji dilakukan, kelancaran perjalanan meyakinkan pembeli untuk meneruskan pembelian

10. Selepas tawar menawar dan pembeli bersetuju dengan harga dan keadaan kereta, biasanya saya akan teruskan jualan dengan 2 senario

a) Pembeli terus membuat bayaran tunai, urusan seterusnya adalah membuat penyelesaian penuh. Pembeli memberikan wang tunai, dan buat bayaran penuh pada pihak bank pembiayaan. Dan simpan baki duit jualan dalam poket

b) Pembeli hanya membayar duit tempahan atau booking fee. Bergantung pada budi bicara tuan puan, “booking fee” minima lazimnya serendah RM 300

Bagi kedua dua bukti penerimaan duit, sila beli satu buku resit dan berikan resit kepada pembeli sebagai bukti pembayaran. Bagi bayaran “booking fee”, sekiranya pembeli membatalkan hasrat untuk membeli kereta, minta dia ucapkan selamat tinggal pada duit RM300 tadi.

11. Dalam kebanyakan kes saya, pembeli adalah pemilik syarikat jualan kenderaan terpakai. Urusan puspakom akan dibuat oleh pembeli. Tapi urusan pemeriksaan puspakom ni senang saja. Tujuan pemeriksaan ini ialah bagi melindungi pemilik baru dari kereta potong-sambung semula.

Buat temujanji di puspakom terdekat, hantar kereta ke Puspakom, isi borang B5 dan tunggu kereta selesai diperiksa oleh juruteknik bertauliah. Kos pemeriksaan Puspakom hanya RM30 saja. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan geran sahaja. Setelah selesai, Puspakom akan mengeluarkan satu sijil mengesahkan kereta kita mematuhi semua spesifikasi puspakom

1. Bagi urusan penukaran nama, ambil borang K3, isi maklumat penjual dan pembeli. Proses ini diakhiri dengan cop jari pada mesin pengimbas. Apabila selesai, pihak JPJ akan berikan slip tukaran hak milik yang mengandungi nama penjual serta nama pembeli

11. Bagi urusan penukaran nama, ambil borang K3, isi maklumat penjual dan pembeli. Proses ini diakhiri dengan cop jari pada mesin pengimbas. Apabila selesai, pihak JPJ akan berikan slip tukaran hak milik yang mengandungi nama penjual serta nama pembeli

12. Pastikan pembeli membuat proses penukaran nama yang sama. Pembeli juga perlu mengisi borang K3 dan mengakhiri proses dengan mengimbas cap jari pada mesin pengimbas

12 langkah ini ialah langkah yang perlu dibuat sekiranya tuan puan sanggup bersusah payah menjual kereta sendiri. Proses ini mungkin akan mengambil masa melebihi sebulan. Tapi, kalau melalui susah payah ini tuan puan boleh mendapat duit tambahan sehingga RM2000 berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat jualan kenderaan terpakai, saya rasa amat berbaloi. Tambahan pula, tak salah untuk belajar benda baru, bergosip pasal Anugerah Juara Lagu, rajin pula ye.

Share this post

scroll to top