KANJOZOKU VS WANGAN NIGHT – DRIFT HARAM DI JALANAN DI JEPUN PUN ADA

SHARE

Abang Japar masih ingat beberapa tahun lepas bila dibawa oleh seorang kawan dan diaturkan satu acara drift di kawasan industri waktu malam di Yokohama Jepun. Sayangnya masa tu pakai telefon Blackberry dan fail rakaman tu entah di mana hilangnya. Itulah, di mana-mana sahaja di dunia, anak muda dengan kereta/motor memang tak boleh dipisahkan.

Tak cukup dengan litar drag, touge atas bukit, anak muda Jepun juga ada acara meriah malam minggu mereka. Drift di kawasan bandar? Ya. ada. Tapi bukanlah macam yang kau tengok dalam Tokyo drift aksi depan Shibuya crossing tu. Yang ini rakaman amatur sebenar drift pendek yang biasanya berlaku spontan pada malam minggu.

BACA: KANJOZOKU – INILAH CARA PEMINAT HONDA DI JEPUN

BACA: APA KATA DRIFT KING-TSUCHIYA TENTANG AE86

Drift memang sangat popular di Jepun. Kalau pergi ke mana-mana pameran kereta, selalunya akan ada sekurang-kurangnya demonstrasi drift. Kereta-kereta FR lama macam Silvia, 180SX, RX-7 FD3S dan Chaser masih meriah membanjiri pameran. DI jalanan tak payah cakaplah, bak kata mamat Jepun sorang ni, drift dah macam agama kat Jepun ni. Drag race? dah lama meninggal.

Cerita sini habis sini ya. Nah, tengok video di bawah

 

 

 

(Visited 796 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top