Artikel Pilihan

INI MUNGKIN AKSI KEN BLOCK “CLIMBKHANA” PALING GILA MENEMPAH MAUT!

Siapa yang tak kenal Ken Block? Pembantu rumah Abang Japar yang berasal dari Kepulauan Manado pun kenal. Ken Block-Ford-Monster-Kasut DC dan apa lagi yang boleh dikaitkan. Beliau adalah pelumba “stunt” yang telah membawa gymkhana ke satu peringkat yang lebih menarik dari sekadar memandu di celah-celah kon untuk catatan masa.

Sensasi beliau bermula pada 2008 apabila video yang dinamakan Gymkhana Practise yang dibuat secara suka-suka setelah acara Gymkhana di yang patut diadakan di California Selatan telah dibatalkan. Video beliau memandu Subaru Impreza STi yang berdurasi 4:25 minit itu telah mencetuskan satu fenomena yang mana dalam masa beberapa minggu sahaja ia telah mencapai 11 juta tontonan.

Untuk ini, ada yang menganggap Block telah memberi maksud sebenar sukan Gymkhana iaitu aksi stunt di tempat terbuka dengan gerakan pantas melalui laluan berhalangan, selekoh 180-darjah, 360-darjah, teknik membrek dan aksi drift serta beberapa lagi gerakan yang patut ada dalam disiplin Gymkhana.

BACA: FORD FOCUS ENJIN GTR UNTUK PIKES PEAK!

Kalau nak tahu Block merupakan salah seorang pengasas yang merekabentuk jenama kasut DC Shoes. Jenama ini kemudiannya ini dijual kepada Quicksilver pada 2003. Beliau yang kaya kemudiannya bertambah kaya. Bila dah kaya nak buat apa lagi? Goyang kaki? Tidak, Block meneruskan kerjaya Rali-nya hingga ke peringkat tertinggi iaitu di WRC.

Kemudian beliau terus bekerjasama menghasilkan aksi pemanduan unik bersama penaja terkenal dan di bawah ini ialah hasil karya terbarunya.

Dikenali dengan CLIMBKHANA, ia adalah idea gabungan Gymkhana dan Hiilclimb atau perlumbaan pikes peak yang merupakan perlumbaan mendaki bukit tertua di Amerika.

Ken Block menggunakan jentera yang digelar Hoonicorn RTR V2 iaitu sebuah Ford Mustang tahun 1965 yang diubahsuai sehingga mencapai 1400 kuasa kuda menerusi enjin turbo berkembar.

Perlumbaan ini meliputi laluan mendaki sejauh 20 kilometer dan melibatkan 156 selekoh curam dan sangat merbahaya. Kau tengok minit ke 5:10, tayar belakang dah jejak atas tanah tebing bukit. Ngeri!

 

Google ads
Back to top button