Artikel Pilihan

KENALI CRUISE CONTROL: SISTEM PASIF & ADAPTIF YANG SUPER CANGGIH

Auto Cruise atau sistem pelayaran automatik yang membolehkan pemandu mengekalkan halaju tanpa sebarang input pada pedal minyak ataupun throttle.

Kebiasannya sistem ini dikenali dengan nama passive auto cruise. Sistem yang lebih maju dikenali dengan nama Adaptive Auto Cruise.  Berikut adalah fungsi butang –  butang yang ada pada auto cruise pasif:

PASSIVE CRUISE CONTROL

CRUISE –  Butang ini akan mengaktifkan sistem utama auto cruise. Apabila ditekan, paparan “Main Auto Cruise” akan menyala. Apabila ditekan sekali lagi, sistem ini akan dimatikan dan fungsi auto cruise akan terpadam.

SET – Bila halaju kereta sudah mencapai halaju yang diinginkan, seperti 109km/h di hadapan kamera AES, tekan butang set dan kereta akan mengekalkan kelajuan 110km/h. Sekiranya anda ingin mengubah kelajuan ke 120km/h, hanya tekan pedal minyak sehingga jarum kelajuan mencecah 120km/h, dan tekan butang set sekali lagi.

Butang SET juga boleh digunakan untuk memperlahankan halaju. Sekiranya anda menekan butang set sebanyak dua kali, halaju akan berkurangan 2km/h.

RES+ – Butang Res+ membenarkan pemandu membuat perubahan kelajuan secara tepat. Tekan sekali butang ini, dan kelajuan akan meningkat 1km/h.

Sekiranya kelajuan kereta ialah 110km/h, tekan butang ini sekali, dan kelajuan kereta berubah menjadi 111km/h. Sekiranya ditekan 10 kali, kelajuan kereta akan meningkat 120km/h.

CANCEL – tekan butang ini bagi membatalkan fungsi auto cruise. Fungsi auto cruise akan dimatikan sekiranya pedal brek ditekan.

Adaptive Auto Cruise (ACC)

Berbeza dengan sistem pasif, adaptive cruise control merupakan sistem yang lebih canggih yang mampu mengekalkan halaju kereta dan jarak kereta dengan kereta yang berada di hadapan.

Sistem ACC ini banyak digunakan pada kereta mewah satu ketika dahulu namun dengan teknologi yang semakin dikembangkan, kereta-kereta kelas sederhana sudah mula dipasangkan. Kebiasaannya, ia diintegrasikan dengan sistem keselamatan lain seperti brek automatik dan Lane Departure Warning

Antara yang ada di pasaran hari ini ialah Honda Sensing, Toyota Safety Sense (TSS) dan juga ADAS pada Proton X70.

Sekiranya perlu, sistem ini akan membrek secara otomatik, memberhentikan kenderaan, memulakan balik perjalanan dan mengekalkan jarak selamat yang telah ditetapkan oleh pemandu.

Kereta yang dilengkapkan dengan sistem ini biasa akan dilengkapkan dengan unit pengesan sensor atau Radar Doppler yang dipasang pada bahagian hadapan kereta.

Satu unit kamera juga akan dipasang pada bahagian atas cermin bagi mengesan dan mengangar jarak kereta yang berada di hadapan. Berbeza dengan sistem pasif, butang bagi adaptive cruise control akan dilengkapi dengan satu butang Adaptive Cruise Control

Society of Automotive Engineer mengklasifikasikan kereta yang dilengkapi dengan sistem ini sebagai Kenderaan Kelas 1 Autonomi.

Salah satu kereta jenama tempatan yang menggunakan Adaptive Auto Cruise ialah X70, menjadikan kereta ini setanding dengan jenama mewah antarabangsa pada harga mampu milik. Menarik bukan?

Namun terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan sistem Adaptive Cruise Control tidak beroperasi dengan optimum seperti:

  1. Sistem radar dan kamera mungkin tidak dapat mengesan kenderaan kecil seperti motosikal
  2. Sistem mungkin mengesan objek lain sebagai kereta, disebabkan bentuk yang hampir sama
  3. Sistem tidak sepatutnya digunakan dalam cuaca buruk seperti hujan sangat lebat, kesesakan trafik yang teruk dan atas jalan yang licin.

Klik video pautan di bawah untuk video mengenai Adaptive Cruise Control

Google ads
Back to top button