Artikel Pilihan

KENAPA BELUM ADA KERETA PRODUKSI YANG MAMPU MEMECUT 300BS/J? (483KM/J)?

Tahukah anda bahawa kereta produksi paling laju di dunia masih belum mampu mencapai kelajuan 300 batu sejam ataupun 483 kilometer sejam? Bahkan Bugatti Veyron juga tidak mampu mencapainya. Bugatti Chiron belum mendedahkan kelajuan maksimumnya namun ada desas-desus mengatakan ia sekitar 450km/j. 

Apakah formula yang diperlukan sebenarnya?

Bagi sebuah kereta produksi, setakat hari ini ini belum ada sesiapa pun yang mengeluarkan kereta dengan kuasa yang secukupnya untuk mengatasi rintangan aerodinamik, geseran serta tarikan drag.

Banyak faktor yang akan menghadkan keupayaan kereta untuk bergerak dengan lebih laju. Semua ini perlu diatasi terlebih dahulu bagi memastikan sebuah kereta produksi mampu mencatat kelajuan 300 batu sejam (483 km/j).

Ia sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil kerana kuasa sesebuah kereta memang boleh ditambah ataupun dinaikkan. Malah tidak mustahil suatu masa nanti sebuah hypercar akan dikuasakan dengan enjin yang mampu menjana sehingga 2,000bhp.

Saksikan video daripada Engineering Explained yang menerangkan bahawa anda sebenarnya tidak perlukan 2,000 bhp kuasa maksima pun. Malah kuasa sekitar 1,500 hingga 1,800bhp sudah memadai. Malah kaedah pengiraan formulanya juga diterangkan dengan secara mendalam dalam video tersebut.

Mana-mana yang acah-acah terer matematik tu boleh cuba-cuba belajar. Abang Japar ada juga cuba tengok macam mana dia kira tetapi baru dua minit dah berpinau biji mata.

Itu baru faktor kuasa, terdapat faktor lain seperti tayar yang digunakan. Ia mesti berada dalam keadaan imbangan yang sempurna. Tayar itu juga mesti mampu menahan bebanan dan suhu pada kelajuan tinggi. Selain boleh berfungsi di bawah tekanan G (G-Force) yang hebat.

Cara mengira nisbah kehilangan kuasa turut diterangkan dengan menggunakan formula yang dinyatakan . Nak terangkan satu persatu takut pening pulak. Senang cerita tengok sahaja macam mana mamat ni terangkan dengan mendalam.

Ia berbeza dengan kaedah yang digunakan untuk mencatat kelajuan 0-100 km/j yang menjadi  sasaran banyak pengeluar supercar. Bagi memastikan mereka mampu mencapai status kereta paling laju di dunia, para pengeluar tidak akan teragak-agak untuk menaikkan janaan kuasa enjin setingkat demi setingkat, sehingga pengeluar tayar tidak lagi mampu mengikut permintaan mereka.

BACA: MODEL TERPANTAS BENTLY CONTINENTAL 710HP

BACA: GT-R TERPANTAS DI BUMI OLEH AMS, 2500HP

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button