Artikel Pilihan

KENAPA IMBANGAN RODA (WHEEL BALANCING) SANGAT SANGAT SANGAT PENTING?

Ada yang panggil imbangan roda dan ada pula yang imbangan tayar, wheel balancing, timbang tayar dan macam-macam lagi. Ia merupakan satu langkah yang sangat penting untuk memastikan imbangan yang sempurna dicapai bila rim dan tayar disatukan. Jika tidak kereta anda akan bergegar bila bergerak pada kelajuan tinggi.

Proses in biasanya dilakukan dengan menggunakan mesin khas yang akan memutarkan tayar dan rim kereta anda sebelum menentukan dimana berat mesti ditambah untuk memastikan keseimbangan dicapai dengan baik.

Dengan kata lain, berat tayar dan juga rim bukannya sama pada segenap bahagian. Malah bahagian rim yang mempunyai lubang injap kemasukan angin juga biasanya lebih ringan daripada bahagian lain. Proses imbangan akan menyelesaikan masalah ini.

Begitu juga dengan tayar, terdapat beberapa bahagian di mana ia lebih berat dari bahagian lain seperti pada sambungannya ataupun pada bahagian tampalan (bila tayar bocor) yang menyebabkan imbangan sempurna adalah mustahil dicapai secara semulajadi.

Perbezaan berat akibat masalah di atas memang cukup kecil sebenarnya tetapi pada kelajuan tinggi bila tayar berputar dengan ligat, ia akan menimbulkan getaran dan juga gegaran yang cukup ‘menyakitkan’ hati. Malah ia juga akan merosakkan tayar kereta anda. Masalah biasa ia bunga tayar kereta anda akan haus secara tidak sekata.

Cara biasa imbangan dilakukan:

Tentunya ia memerlukan mein imbangan yang khusus dan tayar perlu dikeluarkan dari kereta anda dan dipasang dengan kemas pada mesin tersebut. Ia kemudian akan memutarkan tayar kereta anda dengan laju untuk menentukan tempat di mana pemberat perlu ditambah untuk menyelesaikan masalah imbangan tadi.

  • Imbangan memang satu keperluan

Semua tayar tidak kira pada kereta mahal atau murah, lama atau moden mesti diimbang dengan sempurna. Walaupun sudah diimbang dengan sempurna pada satu jangkamasa, imbangan ini akan berubah dan ia perlu diimbang lagi untuk memastikan kereta anda boleh bergerak dengan lancar dan selesa.

  • Imbangan akan sentiasa berubah dan terjejas

Macam kami katakan tadi, secara perlahan-lahan imbangan tayar akan berubah mengikut masa. Maklumlah bunga tayar juga akan semakin haus dan ia juga salah satu puncanya. Pusat servis tayar yang baik akan mengesyorkan anda membuat imbangan semula jika anda menukar kedudukan tayar ataupun membuat penjajaran (allignment) pada tayar kereta anda. Proses imbangan ini juga merupakan salah satu cara memanjangkan usia tayar anda.

  • Proses imbangan cuma menstabilkan tayar dan rim anda

Proses imbangan tidak akan menghilangkan gegaran yang berlaku pada rim yang bengkok ataupun tayar yang  mempunyai bunga tidak sekata (tinggi rendah). Imbangan roda tidak akan membetulkan masalah yang timbul akibat kerosakan fizikal pada rim dan tayar anda. Ia hanya berkesan pada rim dan tayar yang masih dalam keadaan sempurna (masih bulat sekata dan bukannya kemek ataupun sudah lonjong). Jangan buang masa dengan melakukan imbangan jika rim anda sudah bengkok ataupun tayar yang sudah benjol sana sini.

BACA: TIPS PENTING PENJAGAAN SISTEM BREK KERETA

Itulah sedikit sebanyak mengenai kepentingan menjaga imbangan tayar kereta anda. Ia juga mungkin akan menyelamatkan nyawa dan duit poket anda jika dilakukan secara berkala dan berhemat. Selamat memandu.

Google ads
Back to top button