KERANGKA AUDI R8 RETAK. KOS BAIKI RM125K. LELAKI INI BAIKI SENDIRI, CUMA RM2K!

SHARE

Lelaki ini telah mendapati bahagian kerangka Audi A8 beliau retak di bahagian sambungan yang menemukan titik suspensi kiri hadapan. Walaupun kecil, ia adalah berbahaya untuk sportscar ini bila memecut kerana kestabilannya telah terjejas.

Setelah mengenalpasti masalah tersebut, Samcrac menghantar ke panel insurans untuk memperbaiki panel badan aluminium tersebut. Sebutharga yang beliau perolehi menyebabkan jantungnya hampir gugur.

USD30,000 atau RM125,000

Beliau kemudiannya mengambil inisiatif lain. Cuba mencari penyelesaian sendiri, Samrac membeli alat untuk membaiki sendiri dengan kos USD200 (RM836). Beliau turut mendapatkan khidmat jurukimpal profesional.

Dengan bayaran USD300 (RM1,250), keretakan itu berjaya diperbetulkan.

Kereta ini masih dalam proses pembaikan dan restorasi tapi penjimatan hanya untuk kerja kimpalan kerangka tadi sudah tentu melegakan hati beliau.

Share this post

scroll to top