Artikel Pilihan

KERETA-KERETA HEBAT KELUARAN NISSAN PADA 1991 – TAHUN YANG GEMILANG

Tahun-tahun 90-an adalah era kegemilangan kereta-kereta buatan Jepun. Hampir setiap pengeluar cuba menghasilkan senjata masing-masing untuk bersaing. Mereka telah buktikan bahawa kereta sports tidak semestinya mahal dan eksklusif. Ia boleh dibuat dalam pelbagai versi. Samada sedan, empat pintu, coupe, roadster dan apa jenis pacuan pun boleh.

Ini adalah video yang dikeluarkan oleh Best Motoring Jepun, melihat kembali pada tahun 1991, era kebangkita jenama Nissan dengan pelbagai portfolio produk yang mengagumkan. Ada banyak lagi kereta selain Skyline GT-R dan Fairlady Z. Ada hatchback dan sedan bersaiz penuh.

BACA: KERETA MENARIK YANG PERNAH JEPUN BINA

Ia dihoskan oleh lagenda permotoran Jepun Aritsune Tokudaiji. Antara model yang menarik perhatian kami ialah B13 Sunny, Pulsar GTI-R, P10 Primera, Infiniti Q45, President, Silvia Q dan Silvia K, 180SX, Z32 Fairlady Z, R32 Skyline GTS-t dan GT-R.

Ia dipadankan dengan model-model pengeluar lain pada era tersebut seeprti Mitsubishi GTO Twin-Turbo, Mazda RX-7 Turbo FC3S, dan Toyota Supra Turbo A.

BACA: NAMA-NAMA KERETA JEPUN YANG PELIK

Tak kira apa juga enjin yang digunakan, setiap kereta ini dibina dengan “jiwa”. Memang nostalgia bila melihat Takashi Ohi memandu S13 di laluan berliku di Jepun. Begitu juga paparan Group A R32 Skyline GT-R  memecut sehingga 300km/j.

Perlumbaan drag di litar Tsukuba dilakukan secara bebas. Akhir sekali, penampilan kereta yang hampir dilupakan, kereta rali Pulsar GTI-R NISMO dan N1 Skyline GT-R.

Ada tiga bahagian, boleh tonton ni sambil makan kuaci.

VIDEO PART 1

VIDEO PART 2

VIDEO PART 3

Google ads
Back to top button