Artikel Pilihan

KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK

Tidak dapat dinafikan bahawa bolasepak merupakan sukan nombor satu di dunia. Pengaruh bolasepak ini sebetulnya melangkaui sempadan batas budaya dan bangsa. Dari anak kecil membawa ke anak yang punya anak kecil. Maka sebab itulah penajaan bolasepak dirasakan memberikan pulangan yang cukup lumayan buat pemberi dana.

BACACHEVROLET COLORADO ZH2 – TRAK PIKAP TENTERA PALING GANAS

BACANAZA KIA LANCAR SORENTO HS & SPORTAGE GT TURBO DIESEL

Apabila bercerita mengenai penajaan, pengeluar kenderaan turut tidak terkecuali untuk berebut menaja kelab bolasepak idaman hati. Buat jenama besar bolehlah menaja kelab yang besar serupa Manchester United manakala untuk pengeluar yang bercita-cita besar bolehlah menaja kelab yang tak berapa nak besar, Norwich City misalannya.

Umum mengetahui, kelab yang mendakwa sebagai kelab yang terhandal seantero tanah British, MU telahpun ditaja oleh General Motors dengan nilai tajaan terbanyak sekitar USD80million (RM341juta) semusim dengan jenama Chevrolet terpampang di dada jersi Pogba sewaktu menjulang Piala Europa, sebuah piala yang khusus untuk pasukan yang tidak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Anda masih lagi akan jenama Opel? Iya, jenama buatan Jerman ini memang lama dahulu terkenal dengan penajaan kelab bolasepak. Paling diingati, jenama Opel ini terpampang pada jersi AC Milan pada lewat 80an dan jersi Bayern Munich pada awal 90an. Oh ya, untuk makluman, jenama Opel ini juga sebetulnya turut berada bawah naungan General Motors. Kali terakhir logo Opel terpampang boleh dilihat pada jersi Feyenoord, sebuah kelab yang agak terkemuka juga dari Tanah Belanda.

Pengeluar kereta KPop, KIA turut tidak terkecuali untuk untuk mempromosikan jenama mereka di Perancis dan Sepanyol, dengan menaja kelab Bordeaux serta Atletico Madrid sebelum ini. Tapi jenama Kia sekarang ini sudah jauh melangkah. Daripada menaja kelab, lebih baik mereka menaja satu kejohanan terus, seperti Piala Dunia FIFA dan Piala Eropah UEFA misalannya.

Bagi jenama tempatan, sudah tentu para peminat pasti akan dapat mengingati dengan jelas, apabila mereka menaja kelab Norwich City dengan memaparkan logo Proton di jersi. Kira waktu itu dia punya bangga jangan cakaplah. Itu jam, jualan jersi Norwich City di tepi Lorong Kompleks Campbell jangan cakaplah dia punya laku. Penajaan selama tiga tahun itu yang turut memaparkan logo Lotus pada jersi di tempat lawan dirasakan memberikan pulangan yang setimpal kepada jenama Proton di UK dan juga Lotus secara amnya.Oh ya, sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa kilang Lotus sebetulnya turut terletak di Norwich juga.

Sebetulnya ada beberapa lagi pengeluar yang menaja seperti Jeep yang menaja Juventus (agak sinonim pula Jeep dengan Juventus). Manakala jenama terkemuka dari Jeman, Volkswagen pula menaja kelab lokal, VfL Wolfsburg dan tidak lupa juga Malmo FF, kelab utama dalam liga bolasepak Sweden.

Ternyata, apabila berbicara tentang soal penajaan dan penjenamaan, kalau kena pada gaya, pasti akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Teringin juga nak lihat jenama Proton kembali menaja pasukan bolasepak. Taja Persib Bandung pun orait juga, iya tak?

Sumber Gambar : Footy Headlines

Google ads

B K

Back to top button