KLIMS 2018 : SEMBANG SANTAI BERSAMA ASX

SHARE

Sejujurnya apabila terlihatkan kelibat Mitsubishi ASX di reruai Mitsubishi sempena KLIMS 2018, terbit rasa sayu pula di hati Brader Karrager. Kelu. Tidak jumpa perkataan yang sewajarnya untuk menggambarkan kekakuan yang menyelubungi diri ASX. Lantas, Brader Karrager pun menghampirinya untuk bertanyakan khabar berita beliau.

BACA : SEMBANG SANTAI – KENAPA BERDUKA NISSAN ELGRAND?

BACA : MITSUBISHI ASX FACELIFT DEBUT DI AUTO CHINA 2016!

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BK : Hai ASX. Wah! Tak sangka pula kau pun join sekali KLIMS ini ya.

ASX : Eh Brader Karrager. Ingatkan siapalah tadi. Sorry. Sorry. Tak perasan. Baru ingat nak pergi makan dulu ni.

BK : Ala, rilek la dulu ASX. Aku baru nak bertanya khabar kau ni.

ASX : Iya la. Sebenarnya aku ni pun tertunggu – tunggu juga mana Brader Karrager ni tak sampai lagi. Sebab aku yakin, Brader Karrager sorang sahaja yang akan perasan kehadiran aku di sini.

BK : Itulah kan. Aku syak pun memang tak ada siapa yang perasan kau pun hadir sama. Low profile sungguh. Mujur juga kau datang KLIMS ni dengan baju dan kasut baharu. Nampaklah smart sikit aku tengok. Er, aku tanya sikit kau jangan marah ek. Kau tak rasa ke macam dah tak relevan lagi dengan market sekarang ni?

ASX : Hmmm berat sangat soalan ni brader. Macam mana tah aku nak jawab. Sebenarnya benda macam ni terletak kepada pengurusan. Mungkin pengurusan masih merasakan aku ini masih boleh dijual. Maka jual sahajalah.

BK : Tapi dah lama sangat kot kau ini dalam market. Dari tahun 2010 lagi kau dah ada. Tak salah aku, siap ada Orange Edition dengan Designer Edition lagi. Siap pernah lantik Yuna sebagai Duta bagai.

ASX : Itulah. Zaman kegemilangan aku semua tu. Versi CKD pun aku ada buat.

BK : Lantas, apa yang menjadikan pada firasat bahawasanya kau ini masih lagi relevan dalam pasaran?

ASX : Peh! Soalan serupa KBAT betul soalan ni. Kalau nak kira dari segi teknologi, aku yakin ianya masih lagi relevan dengan keadaan sekarang ini. Dari segi enjin, siapa yang tidak kenal dengan keupayaan MIVEC kan. Bab keselamatan pun apa kurangnya. Lengkap dengan ABS, EBD, Traction Control, HSA, sistem ETACS, ASC, dan Cruise Control. bumbung panorama pun ada. Harga pun tak adalah mahal mana sangat kan.

BK : Tapi kan..kau tak rasa kecil hati ke? Mitsubishi yang lain semua dah merasa Dynamic Shield tu. Apa pasal kau tak ada hah?

ASX : Ni yang aku malas ni. Aku dah agak dah soalan ni mesti timbul punya. Entahlah Brader. Aku tak ada jawapan langsung untuk itu. Dan benda itulah yang membuatkan aku sedikit down nak datang KLIMS ini sebenarnya. Rasa macam anak tiri pun ada ni. Ikut hati malas nak datang. Tapi itulah, bimbang pula jatuh hukum derhaka dengan orang tua kan.

BK : Ok. Ok. Sorry ASX. Aku taktau pula kau sebenarnya berkecil hati. Sabar je la ya ASX. Meh senyum sikit aku amik gambar. Nanti aku buat artikel pasal kau dalam Mekanika ya.

Share this post

scroll to top