KLIMS 2018 : VOLKSWAGEN TYPE 3 FASTBACK YANG SUPER RARE

SHARE

Brader Karrager pasti, kereta ini ramai yang tidak berapa nak perasan sangat tentang kehadiran kereta ini di KLIMS 2018 kali ini. Mungkinkah disebabkan tiada ‘Pendamping’ (Wanita murahan berpakaian mencolok mata) disisi? Mujur juga Brader terperasan akan kecantikan luaran sebuah model yang cukup rare di tempat kita, Volkswagen Type 3 Fastback.

BACA : VOLKSWAGEN SAH TAMATKAN PRODUKSI BEETLE

BACA : VOLKSWAGEN JETTA MODIFIED ORIGINAL FAST & FURIOUS UNTUK DIJUAL – SEMESTINYA TIDAK MURAH

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Sedikit sejarah tentang model ini, Volkswagen Type 3 ini diproduksikan sekitar tahun 1961 sehingga 1973. Volkswagen Type 3 ini dikeluarkan dengan tiga varian bagi memenuhi kehendak dan selera pelanggan ketika itu, Notchback, Fastback, dan Squareback. Berbanding model Volkswagen Type 1 (Beetle) dan Type 2 (Microbus / Combi), populariti yang diraih Type 3 ini barangkali sedikit berbeza dengan kedua saudaranya itu.

Varian Notchback terlebih dahulu menjengah pasaran dan diikuti dengan varian Squareback pada tahun 1962. Varian Fastback pula hanya berada di pasaran pada tahun 1965.

Bercakap tentang Type 3 Fastback yang diperbuat pada tahun 1967, untuk yang tidak mengetahui ianya adalah berasal dari negeri di Bawah Bayu. No EJ itu sebenarnya berasal daripada Jesselton (Kota Kinabalu). Jauh datangnya sampai ke MITEC. Penggunaan warna ‘suram’ yang disembur pada badan kereta mungkin menjadi faktor mengapa ianya tidak dikerumuni ramai orang, Tapi ini bukan sebarang warna iya. Iya menggunakan warna Ferrari PPG Medio Grigio.

Cuma untuk Type 3 Fasback ini, ianya telah menjalani beberapa proses restorasi / pengubahsuaian ringan mengikut selera pemilik tetapi masih lagi mengekalkan identiti asalnya. Lampu utama misalannya telah digantikan dengan lampu daripada model Porsche 911, tapi bukan yang  generasi terkinilah.

Manakala penggunaan bampar besi yang baharu di bahagian hadapan dan belakang menyerlahkan lagi imej retro kereta Fastback ini. Jangan buat pasal pergi bubuh skirting bagai. Manakala lampu signal yang asal terletak di bahagian penjuru bampar telah dibuang dan digantikan lampu signal terbina dalam LED pada lampu utama tersebut.

 

Bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang ini, telah menggunakan enjin yang besar 1641 cc dengan sejukan udara. Beberapa ubah suai seperti penggunaan injector Porsche 964 C2 200cc, Bosch 4 Tower Ignition Coil, Sistem Ekzos Vintage Speed Abarth dan juga Sistem Pengurusan Enjin Spitronic telah dipasang bagi membolehkan Type 3 ini meluncur laju dengan bergaya tanpa sebarang masalah. Cuma masalah akan timbul apabila tiba musim hujan sekarang ini. Sebab apa? Wiper bahagian hadapan telah dibuang. Tak mahu pakai katanya.

Jadinya, barang siapa yang masih belum berkesempatan untuk KLIMS, masih sempat lagi nak jenguk kereta yang super rare ini. Pergilah jenguk.

Share this post

scroll to top